HomeSukanPenstukturan TABS diperkasa agar lebih terbuka jayakan program pembangunan bola sepak

Penstukturan TABS diperkasa agar lebih terbuka jayakan program pembangunan bola sepak

Read Time:1 Minute, 17 Second

Kota Kinabalu : Tunas Asas Bola Sepak (TABS) Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Bandaraya masih mengekalkan Naib Presiden SAFA Datuk Alijus Sipil sebagai penasihat dan Sulaiman Mohd Noor sebagai pengerusi TABS.

Selain itu turut dikekalkan adalah Timbalan Pengerusi, Lokman Sunggim dan tiga jawatan Naib Pengerusi iaitu S.A Ramlye (I), Juraidah Abdul Rahim (II) dan Amirhad Yunus (III).

Setiausaha TABS masih dipegang Amsir Abdullah manakala bendahari ialah Moksin Dusin yang sebelum ini memegang tugas sebagai naib pengerusi.

Ahli jawatankuasa terdiri daripada Rosly Jamal, Ahmad Ibrahim, Ismail Tudiki dan Hassan Madisah.

Dalam amanat sempena tahun baharunya, Sulaiman, berkata penstrukturan baharu pengurusan TABS adalah bagi memperkasakan badan tersebut supaya lebih terbuka, telus dan kompeten dalam menjayakan program pembangunan bola sepak di Sabah.

Katanya, beberapa perubahan ahli jawatankuasa baharunya dengan mengambil kira input dan pandangan pelbagai pihak yang terbabit dalam sukan bola sepak termasuk ibu bapa pelatih, pihak penguatkuasaan dan aspirasi jurulatih.

“Dengan beberapa perubahan yang dilakukan, kita berharap TABS akan lebih kompeten, terbuka dan telus dalam menjayakan program yang dijalankan,” katanya.

Menurut Sulaiman, banyak kejayaan yang dicapai TABS dalam pertandingan-pertandingan tempatan beberapa tahun ini seperti dalam Piala Borneo, Liga Suparimau, kejohanan di daerah Kota Kinabalu mahu pun di luar daerah, yang membantu menaikkan imej dan nama TABS SAFA.

“Kita akan meneruskan pencapaian ini dan seterusnya melakukan perancangan yang lebih sesuai untuk program pembangunan bola sepaknya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau juga menasihatkan pengurusan TABS agar mampu mendepani cabaran di samping berkeyakinan untuk menunaikan tanggungjawab dan amanah yang digalas sesuai dengan tuntutan semasa pada tahun baharu yang semakin mencabar. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular