HomeUtamaAhmad Zahid tiba di Sabah untuk lawatan rasmi

Ahmad Zahid tiba di Sabah untuk lawatan rasmi

Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Timbalan Perdana Menteri l, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di Kota Kinabalu bagi mengadakan lawatan rasmi ke negeri ini.

Beliau yang diiringi Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) menggunakan pesawat khas pada jam 7.40 malam tadi.

Hadir menyambut ketibaan beliau ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Sebaik tiba, Zahid turut mengadakan pertemuan dengan pemimpin UMNO Sabah di sebuah hotel di sini bermula jam 8.30 malam tadi.

Lawatan Ahmad Zahid ke Sabah itu juga tiada kaitan dengan spekulasi pergolakan politik di negeri ini.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha politik beliau, Datuk Jamal Nerubi yang menyatakan kehadiran Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO ke Sabah adalah untuk memenuhi jemputan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

“Lawatan ini tiada kaitan dengan pergolakan politik sebagaimana disiarkan beberapa portal dalam talian hari ini.

“Kita menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, lawatan ini adalah lawatan kerja rasmi dan dakwaan berkenaan adalah usaha memburukkan nama Timbalan Perdana Menteri, di samping usaha untuk memecah belah kesatuan dalam UMNO Sabah,” katanya melalui kenyataan, malam ini.

Ahmad Zahid dijadual akan menghadiri Majlis Peluncuran Pembangunan Kadamaian sempena Rumah Terbuka Krismas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick di Dewan Terbuka Kadamaian Square, Taginambur, Kota Belud, esok.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular