HomeUtamaKPT salur RM2 juta peruntukan tambahan kepada UMS atasi masalah bekalan air

KPT salur RM2 juta peruntukan tambahan kepada UMS atasi masalah bekalan air

Read Time:1 Minute, 55 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak RM2 juta peruntukan tambahan disalurkan kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi tujuan mengatasi masalah bekalan air yang dihadapi warga universiti itu khususnya para pelajar.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya hari ini telah mendengar beberapa taklimat berkaitan pembangunan di universiti itu ternasuk isu yang berkaitan dengan masalah bekalan air.

“Berdasarkan taklimat yang diberikan kepada saya, pihak UMS memerlukan sedikit temabahan lagi (peruntukan) khususnya kepada kawasan yang mempunyai sumber air tetapi air itu tidak boleh dipam naik ke kawasan tinggi di asrama berkenaan.

“Jadi saya bertanya berapa yang diperlukan dan mereka antara RM800,000 ke RM1 juta sebagai tambahan. Jadi saya telah umumkan tambahan sebanyak RM1 juta bagi membolehkan pam dapat disediakan bagi mengalirkan air ke kawasan atas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke kampus induk UMS di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Mustapha Sakmud, dan Naib Canselor UMS, Datuk Dr Kasim Mansor.

Zambry berkata, pihaknya turut menambah peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta bagi memastikan beberapa tiub di kawasan rendah dapat dibuat.

Katanya, ia juga agar dapat memastikan kawasan penggerudian dapat dibuat untuk memastikan kerja mencari punca air dapat disegerakan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga akan mendapatkan khidmat pakar berkaitan bagi menyelesaikan isu bekalan air di UMS.

“Saya telah memaklumkan kepada pihak UMS bahawa ada dikalangan profesor kita yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Mereka akan gunakan pendekatan ini untuk membantu menyelesaikan dan memaklumkan kepada pihak kita langkah segera.

“Saya juga dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Sabah juga ada perancangan untuk membina satu kolam tangki air yang besar tapi ia mungkin mengambil sedikit masa,” katanya.

Ketika ditanya mengenai status penggunaan peruntukan RM3 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Zambry berkata pihaknya dimaklumkan peruntukan itu telah digunakan untuk tujuan mengatasi isu bekalan air di UMS.

“Sudah tentu pelajar bertanya berkenaan wang (peruntukan) itu sama ada ia digunakan atau tidak. Saya fikir tidak ada masalah sebenarnya dan pihak pentadbiran boleh memaklumkan khususnya kepada pimpinan pelajar mengenai butirannya supaya ketirisan dapat dielakkan,” katanya.

Terdahulu, ketibaan Zambry ke UMS disambut dengan sambutan yang ‘unik’ apabila sebahagian pelajar universiti itu menyuarakan kesusahan mereka khususnya melibatkan bekalan air.

Kumpulan pelajar itu juga dilihat menyanyikan lagu permohonan maaf kerana tidak dapat mandi bagi menyambut ketibaan Zambry. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular