HomePendapatIsu Air : Pelajar UMS Sambut Baik & Berterima Kasih

Isu Air : Pelajar UMS Sambut Baik & Berterima Kasih

Read Time:1 Minute, 50 Second

OLEH – Muda Mohammed

“Saya dah bincang tadi, pagi tadi pun saya dah jumpa dengan pimpinan pelajar. Pimpinan pelajar dah maklumkan kepada saya, apa masalah dan sebab itu saya datang hari ini untuk mendengar semua masalah-masalah ini”

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir

itu kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir selepas turun dari bas melawat kolej kediaman pelajar UMS.

Datuk Seri Zambry meninjau sendiri keadaan fasiliti yang tersedia di kolej kediaman, serta mengadakan pertemuan dengan pelajar bagi mendapatkan maklum balas mereka tentang sebarang isu yang dihadapi sepanjang menjalani kehidupan di dalam kampus dalam satu sesi ramah mesra.

Dalam program lawatan ini, bantuan kewangan one-off berjumlah RM500 kepada 15 pelajar UMS yang disumbangkan oleh Yayasan Perkasa Siswa bagi meringankan beban mereka sepanjang menjalani pengajian di universiti.

Seorang lagi yang bernama Mohd Hakimi Suffian menulis di ruangan komen Facebook Page Kementerian Pengajian Tinggi menyatakan rasa terima kasihnya bila isu ini dapat diselesaikan segera.

Manakala Dale Jeffrey pula menyatakan “harap dapat selesaikan isu air yang berlarutan lama ini”. Sementara itu, wakil daripada Kolej Kediaman Tun Fuad menyatakan rasa terima kasih kepada YB Menteri Kementerian Pengajian Tinggi atas sumbangan tersebut.

Dalam page Facebook Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Ts Mustapha Sakmud, ramai pelajar yang hadir memberikan reaksi positif dan mendoakan agar urusan mengenai isu air ini dipermudahkan. “Semoga dipermudahkan urusan datuk, Mp dan timbalan menteri pertama yang turun jumpa dan dengar keluhan kami” ujar Nur Alisya Maisarah.

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan satu laporan penuh berhubung peruntukan dan pelaksanaan bagi menyelesaikan isu bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Mungkin KSP boleh tanya KSU kementerian berkenaan dan mungkin Pantau Madani boleh bantu untuk bertanyakan apa yang berlaku sejak kelulusan RM3 juta serta tindakan yang diambil oleh KPT dan universiti untuk melaksanakan. Pada sebahagian orang perkara kecil tapi kalau mahasiswa menghadapi masalah bekalan air itu patut meresahkan kita,” katanya.

Dengan jaminan dan kesungguhan daripada Perdana Menteri dan YB Menteri Pengajian Tinggi sendiri untuk mengatasi masalah air ini dengan bersungguh-sungguh adalah diharapkan isu air di UMS ini akan selesai secara sepenuhnya. Pelajar-pelajar juga menyambut baik dan memberi reaksi positif dengan pengumuman YB Menteri Pengajian Tinggi berkaitan isu ini.

RELATED ARTICLES
EnglishLocal-englishPendapatUtama

An Inspiring Leadership that Celebrates and Reflects Sabah’s Values

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular