HomeUtamaLawatan pemeriksaan terperinci bangunan SK Darau akan dijalankan bulan ini - Arifin

Lawatan pemeriksaan terperinci bangunan SK Darau akan dijalankan bulan ini – Arifin

Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Exco Pendidikan dan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif akan mengadakan lawatan seterusnya membuat pemeriksaan secara terperinci ke atas dua blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Darau Kota Kinabalu yang didakwa sudah usang dan tidak kukuh menjalankan aktiviti pembelajaran di situ.

Ini berikutan baru-baru ini Sabah Media melaporkan pihak ibu bapa dan guru sekolah berkenaan bimbang akan keselamatan anak-anak yang belajar d sekolah itu dengan keadaan struktur bangunan yang sudah usang seperti lantai reput dan siling yang bocor dan merayu kepadan pihak berwajib untuk tampil menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

Turut membimbangkan keadaan banjir kilat yang sering berlaku di sekolah berkenaan kerana sistem perparitan sekitar kawasan sekolah tidak diselanggara dengan baik sejak 2017.

Sehubungan dengan itu, Mohd Arifin berkata, beliau sangat prihatin dan mengambil maklum mengenai masalah yang dihadapi SK Darau itu.

“Insha Allah, saya dengan pembantu menteri bersama Pengarah Pendidikan Sabah akan melawat sendiri SK Darau dan Sekolah Agama Negeri (SAN) Darau, kami bertiga akan pergi melawat sekolah berkenaan dalam bulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Amanat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta Penyampaian Bantuan Pendidikan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Menurut Mohd Arifin, mengenai sekolah-sekolah daif yang dikenal pasti di Sabah, beliau akan mendapatkan laporan terkini mengenainya.

“Dalam laporan pengarah, kita di Sabah memang ada sekolah daif berskala enam dan tujuh, sekolah-sekolah yang perlu pembaikan dan ini memang ada dalam senarai kita.

“Di Sabah dilaporkan lebih 200 sekolah daif yang dikenal pasti. Bagaimanapun untuk tahun ini saya akan mendapatkan laporan terkini tentang sekolah-sekolah kita,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

SPRM alu-alukan kerjasama laksanakan program pendidikan antirasuah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular