HomeIsu tempatanWanita muda perlu sentiasa peka terhadap kemajuan sektor ICT

Wanita muda perlu sentiasa peka terhadap kemajuan sektor ICT

Read Time:1 Minute, 35 Second

Semporna: Golongan wanita muda khususnya beliawanis perlu sentiasa peka terhadap kemajuan dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin canggih berkembang tanpa disedari.

Ketua sayap Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Emmie Martin Idang berkata, golongan itu juga diingatkan agar sentiasa memastikan penyebaran maklumat hendaklah sahih dan benar. 

“Bila kita berucap atau menyebarkan maklumat bukan keterampilan sahaja yang penting, tetapi pastikan maklumat adalah tepat dan benar. Oleh itu, berhati-hatilah dan lakukan tindakan penyebaran yang baik serta efektif. 

“Dalam era modenisasi ini juga, suka saya ingatkan untuk kita banyakkan membaca kerana banyak maklumat yang diperlukan hanya melalui hujung jari. Maka itu, sebelum menyebarkan sesuatu maklumat, pastikan kita sahih bahawa maklumat itu adalah benar,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap  merasmikan Program Keterampilan dan Usahawan Digital Gema Beliawanis Zon 6 di sini baru-baru ini.

Emmie berkata, usahawan digital pada era kini sudah  semakin kompetetif dengan melalui pemasaran digital. 

“Dengan kadar pengangguran yang semakin membimbangkan saya faham amat sukar beliawanis mendapat pekerjaan, sebab itu ramai juga yang masuk ke dalam bidang keusahawanan bertahan untuk meneruskan kehidupan harian,” katanya. 

Emmie pada masa sama turut mengingatkan  para beliawanis dan semua anak muda yang baru sahaja menceburi bidang perniagaan untuk sentiasa peka kepada peluang-peluang yang diberikan oleh kerajaan negeri dalam membantu mengorak langkah pertama dalam keusahawanan. 

“Peluang seperti bantuan, Program Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang ditawarkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan lain-lain lagi. 

“Kita juga ada koperasi-koperasi yang boleh memberikan dana agar usahawan pemula dapat mengorak langkah dalam bidang perniagaan. Sebab itu, kita kena tahu bagaimana untuk memanfaatkan dana ini dan membantu kita dalam perniagaan,” katanya.

Dalam pada itu, Emmie turut menyeru agar semua Ketua Beliawanis di bahagian masing-masing mengambil tanggungjawab untuk menyebarkan usaha dan peluang-peluang yang diberikan kerajaan negeri. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular