HomeUtama1.4 juta ahli KWSP terima RM500 insentif caruman tambahan kerajaan

1.4 juta ahli KWSP terima RM500 insentif caruman tambahan kerajaan

Read Time:49 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur :  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan telah mengkreditkan Insentif Caruman Tambahan Kerajaan berjumlah RM708 juta kepada 1.4 juta ahlinya yang berusia 40 tahun hingga bawah 55 tahun.

Dalam kenyataannya, dana persaraan itu berkata insentif berkenaan diperuntukkan kepada kalangan individu yang mempunyai simpanan KWSP berjumlah RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 masing-masing setakat 24 Feb, 2023.

“Insentif caruman RM500 sekali bayaran ini yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Feb, 2023, bertujuan menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri umur persaraan untuk terus menyimpan dan mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan mereka.

“Ini sejajar dengan matlamat KWSP untuk meningkatkan kecukupan simpanan dan menyumbang secara signifikan kepada matlamat lebih luas bagi membina masa depan kewangan yang berdaya tahan,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai Insentif Caruman Tambahan Kerajaan itu boleh diperoleh menerusi rujukan soalan lazim di laman sesawang rasmi www.kwsp.gov.my atau Pusat Pengurusan Pelanggan di talian 03-8922 6000. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Dua dasar di lancar bagi mendokong pengurusan biodiversiti secara mapan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular