HomeUtamaPengurusan wasiat perlu dilaksanakan lebih awal, elak pertikaian berkaitan pembahagian harta

Pengurusan wasiat perlu dilaksanakan lebih awal, elak pertikaian berkaitan pembahagian harta

Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Pengurusan wasiat dan hibah dalam kalangan masyarakat perlu dilaksanakan lebih awal bagi mengelakkan sebarang pertikaian yang berlaku pada masa hadapan khususnya berkaitan pembahagian harta pusaka.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata,  pemahaman dan kesedaran dalam kalangan masyarakat juga perlu dilaksanakan agar isu-isu melibatkan perebutan harta dapat dielakkan.

Ruslan Muharam

Katanya, kaedah pengurusan wasiat yang lebih teratur, mudah dan mesra rakyat juga boleh dilaksanakan menerusi agensi Amanah Raya Berhad dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS).

“Amanah Raya Berhad berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan kita (Kerajaan Negeri) menerusi PBNS dimana kita juga mempunyai konsep yang lebih kurang sama bagi menjaga atau memegang wasiat yang telahpun diamanahkan kepada agensi berkenaan.

“Sudah tentu dengan adanya kerjasama ini saya lihat ianya akan lebih memantapkan lagi pengurusan wasiat ini yang sudah kita laksanakan di Sabah melalui PBNS.  Dengan adanya kerjasama ini juga, saya lihat ia lebih mudah pengurusannya dan mempunyai pendekatan yang sangat dekat dengan rakyat.

“Jika ini kita dapat jalinkan kerjasama, saya yakin bahawa rakyat kita di Sabah akan dapat sambutan lebih baik.  Saya juga berharap dengan kerjasama ini, pendedahan dan penerangan yang jelas kepada rakyat akan dapat dilaksanakan, kerana bukan semua rakyat memahami terutama dalam isu melibatkan perebutan harta pusaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selepas menerima kunjungan hormat Kumpulan Amanah Raya Berhad di Menara Kinabalu di sini semalam. 

Dalam kunjungan tersebut kumpulan Amanah Raya Berhad iaitu satu syarikat milik kerajaan menyatakan hasrat untuk bekerjasama melalui Baitulmal dalam pengurusan wasiat di negeri ini. 

Ruslan berharap dengan adanya jalinan kerjasama itu akan dapat  memantapkan lagi pengurusan serta menyelesaikan isu-isu berkaitan harta. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular