HomeUtamaProgram khas pengakuan CJN dilanjutkan tiga bulan sehingga 31 Mac 2024

Program khas pengakuan CJN dilanjutkan tiga bulan sehingga 31 Mac 2024

Read Time:1 Minute, 37 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Negeri melalui Kementerian Kewangan Sabah akan melanjutkan tempoh program khas pengakuan sukarela Cukai Jualan Negeri (CJN) selama tiga bulan sehingga 31 Mac depan.

Pengarah CJN yang juga Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah Datuk Mohd Sofian Alfian Nair berkata, program yang mula dilaksanakan 15 Ogos tahun lalu itu adalah bagi menggalakkan pembayar CJN bagi dua produk khususnya komoditi perikanan dan besi buruk dan buangan.

“Program yang mula dilaksanakan pada 15 Ogos 2023 itu adalah untuk menggalakkan pembayar CJNbagi dua produk CJN khususnya komoditi perikanan dan besi buruk dan buangan yang dibawa keluar dari Sabah agar tampil secara sukarela untuk mendaftar lesen dan membayar CJN dalam tempoh yang sepatutnya.

“Melalui program khas ini, pembayar cukai tidak akan dikenakan tindakan penalti sekiranya pembayaran cukai selesai dikemukakan dalam tempoh program ini dilaksanakan.

“Justeru itu, mengambilkira sambutan yang baik ke atas program khas ini yang telah berakhir pada 31 Disember 2023, maka sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan Sabah dengan ini telah melanjutkan tempoh program tersebut sehingga 31 Mac 2024, “ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sofian berkata, tempoh bercukai yang terlibat untuk program khas ini adalah mengikut tarikh kuat kuasa CJN ke atas produk tersebut.

“Bagi produk komoditi perikanan dibawa keluar dari Sabah, tempoh bercukai terlibat adalah bermula 1 Mei 2021 sehingga 14 Ogos 2023.

“Manakala bagi produk besi buruk dan buangan yang dibawa keluar dari Sabah adalah bermula 1 Februari 2021 sehingga 14 Ogos 2023,” katanya.

Menurutnya, syarat-syarat dan peraturan program ini adalah masih kekal sama dan pihak syarikat boleh merujuk kepada Garis Panduan Program Khas Pengakuan Sukarela Cukai Jualan Negeri Bil.1 di portal rasmi Kementerian Kewangan Negeri di https://mof.sabah.gov.my/ sebagai rujukan pembayar cukai.

“Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program Khas Pengakuan Sukarela Cukai Jualan Negeri ini boleh diajukan kepada Bahagian Cukai Jualan Negeri di talian 088- 368038/088-368068/088-368052 atau email kepada [email protected]/[email protected]. ” katanya.– SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular