HomeUtamaSabah anjur Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Negeri 10 Feb ini

Sabah anjur Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Negeri 10 Feb ini

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri pada 10 Februari 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) bermula dari jam 11:00 pagi hingga 2:00 petang.

Acara sambutan adalah anjuran Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) melalui Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dan Seri Pelancongan Sabah (SPS) dengan kerjasama Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS).

Menterinya yang juga selaku Pengerusi Penganjur, Datuk Christina Liew berkata, beliau berbesar hati mengumumkan acara sambutan itu pada hari ini bagi menyahut seruan kerajaan menggalakkan perpaduan, keharmonian kepelbagaian kaum dalam satu acara atau program yang dilaksanakan berteraskan Malaysia Madani, Sabah Maju Jaya.

Katanya, sambutan tahun ini adalah bertemakan Tahun Naga yang bertuah dalam zodiak Cina.

“Antara tetamu kehormat yang dijangka akan hadir memeriahkan majlis iaitu Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri Toh Puan Norlidah R.M. Jasni, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Disamping kami juga amat mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk turut sama meraikan sambutan yang meriah itu.

“Kami menjangkakan kehadiran 10,000 tetamu. Selain pelbagai hidangan makanan yang disajikan, sambutan kali ini menjanjikan persembahan kebudayaan yang menakjubkan, termasuk tarian singa, pertunjukan mercun, pameran kebudayaan, serta persembahan nyanyian dan tarian oleh artis tempatan dari Sabah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, objektif utama acara ini adalah untuk mempamerkan kekayaan kepelbagaian budaya Sabah, memupuk perpaduan dan keharmonian dikalangan rakyatnya.

Hadir sama pada sidang media, Setiausaha Tetap KePKAS Josie Lai Mei Sing dan Presiden FCAS, Tan Sri T.C Goh.

RELATED ARTICLES
Utama

Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 – DOSM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular