HomeIsu tempatanBanjir Sabah : Jumlah mangsa meningkat, empat PPS dibuka

Banjir Sabah : Jumlah mangsa meningkat, empat PPS dibuka

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Seramai 274 mangsa banjir dipindahkan ke empat buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah di negeri ini berikutan banjir sejak semalam setakat jam 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencan Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, tiga terbabit ialah Sandakan, Beluran dan daerah kecil Paitan.

Setakat petang ini, seramai 161 mangsa dipindahkan ke PPS Masjid Nur Iman akibat banjir yang bermula petang semalam di Kampung Sungai Memanjang, Sandakan.

Ia diikuti seramai 69 mangsa di PPS Rumah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Cocos, Paitan dan 30 mangsa di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol, Paitan.

Baki 14 lagi mangsa berada di PPS Dewan Serbaguna Beluran di Beluran yang dipindahkan sejak tengah hari semalam.

Pemindahan mangsa akibat banjir yang melanda kawasan terbabit adalah yang kedua dalam tempoh kira-kira dua minggu selepas akhir Disember lalu.

Laporan Sekretariat JPBN Sabah menunjukkan trend banjir di Paitan dan Sandakan pada skala meningkat, manakala di Beluran adalah kekal.

Banjir di daerah pantai timur Sabah itu berikutan hujan lebat di kawasan terbabit sejak beberapa hari lalu yang menyebabkan beberapa sungai melimpah dan membanjiri kawasan rendah. – SABAH MEDIA / FOTO APM

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya