HomeSukanPasukan KKTF juara sulung Piala FA UMS

Pasukan KKTF juara sulung Piala FA UMS

Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu : Pasukan mewakili Kolej Kediaman Tun Fuad  (KKTF) Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya menjuarai Piala FA UMS yang julung kali dianjurkan sempena Liga Sukan UMS 2023/2024.

Pada perlawanan akhir, pasukan KKTF berjaya menewaskan pasukan Fakulti Kejuruteraan dengan jaringan 2-0 yang berlangsung di Stadium UMS di sini Sabtu lalu.

Pasukan KKTF juara Piala FA UMS

Turut diadakan pada saingan liga itu adalah Liga Premier UMS; Liga UMS; Liga Futsal Wanita UMS 2023 dan Liga Bola Tampar UMS.

Bagi saingan Liga Premier UMS, pasukan mewakili Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) dinobatkan sebagai juara dan diikuti Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) ditempat kedua dan ketiga dimenangi KKTF.

Juara Liga UMS berjaya dimenangi Fakulti Pengajian Islam (FIS) dan tempat kedua dimenangi Kolej Kediaman Non resident (KKNR).

Manakala tempat ketika bagi Liga UMS dimenangi Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP).

Sementara itu, pasukan mewakili KKTPAR turut menjuarai Liga Futsal Wanita UMS selepas menewaskan Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) di tempat kedua dan KKTF ditempat ketiaga.

KKTPAR sekali lagi menjuarai Liga Bola Tampar UMS selepas menewaskan pasukan KKTM di tempat kedua dan FPEP ditempat ketiga.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UMS Prof Madya Dr Raman B Noordin. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Sukan

Dua import Sabah FC dijangka terlepas peluang beraksi esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular