HomeUtamaJenazah bapa mertua TYT Sabah selamat dikebumikan

Jenazah bapa mertua TYT Sabah selamat dikebumikan

Read Time:1 Minute, 12 Second

Keningau :   Jenazah bekas Ahli Dewan Negara Tan Sri Rasan Majanun Jasni @ R.M. Jasni, 87, selamat dikebumikan di Raudatul Mukmin Tanah Perkuburan Islam Batu 26 Jalan Keningau Tenom pada jam 2.30 petang tadi.

Hadir ke majlis pengebumian tersebut ialah menantu allahyarham, Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Tun Juhar dan isteri diiringi Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung Datuk Osman Jamal dan isteri, Datin Yohani R.M Jasni. 

Bacaan talkin diketuai oleh Pegawai Tadbir Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Keningau, Kalana Lias.

Ia diikuti bacaan tahlil dan doa oleh Bungsu, sebelum sesi menyiram air ke pusara allahyarham  yang didahului Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah, Osman dan Yohani, cucunda, Datuk Al Hambra Juhar serta waris terdekat.

Allahyarham R.M Jasni meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Keningau pada jam 3 pagi tadi, di bawa ke kediamannya di Keningau Hill sebelum dimandi, dikafan dan disolatkan di Masjid Ar Rahman Pekan Keningau.

Kira-kira 300 jemaah terdiri daripada keluarga menyertai solat jenazah tersebut yang diimamkan Mufti Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

Allahyarham R.M Jasni yang dilahirkan pada 4 Mei 1936 pernah menjawat beberapa profesion antaranya guru, penyampai dan pembaca berita tv sambilan di RTM Sabah, ADUN Bingkur pada tahun 1975 sebelum dilantik menjadi Ahli Dewan Negara selama dua penggal dari 1982 hingga 1986. – JAPEN SABAH 

RELATED ARTICLES
Utama

Penunggang motosikal maut rempuh sisi kenderaan keluar simpang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular