HomePendapatMalaysia Perlukan Revolusi Hijau Kembali Untuk Jamin Keselamatan Makanan

Malaysia Perlukan Revolusi Hijau Kembali Untuk Jamin Keselamatan Makanan

Read Time:2 Minute, 20 Second

OLEH NAHAR TAJRI

Selain menentukan hala tuju dalam industri padi negara, kerajaan juga harus memikirkan pelbagai alternatif yang boleh dilaksanakan untuk memastikan industri pertanian khususnya penanaman padi.

Krisis yang berlaku tahun lalu harus dijadikan peringatan bahawa ia mungkin berulang pada masa dan ketika yang tidak diduga hingga menyebabkan satu negara panik kerana kebimbangan terputus bekalan makanan.

Mahu tidak mahu kerajaan perlu melakukan reformasi menyeluruh bermula daripada penghasilan benih berkualiti dan kemudian dikomersilkan dengan kawal selia yang ketat supaya tidak berlaku perbuatan khianat seperti mencampurkan benih padi untuk mendapat lebih keuntungan.

Meskipun sehingga kini  hipotesis bahawa berlaku penyelewengan dalam pengedaran benih ini tidak dapat dibuktikan dengan jelas namun dikalangan pemain industri ramai yang percaya aktiviti ini boleh berlaku.

Ya, ia perlu bermula dari perkara asas iaitu bermula daripada benih, tanah dan pengairan sebelum disusuli dengan kaedah atau teknik penanaman.

Tiga asas ini sangat penting kerana jika kita gagal diperingkat ini maka kita akan gagal keseluruhannya.

TEKNOLOGI PERTANIAN TAIWAN

Taiwan yang jauh lebih maju dalam pertanian memerlukan 20 tahun untuk menghasilkan pelbagai varieti benih padi yang boleh dibahagikan mengikut keperluan antaranya untuk kegunaan domestik dan pembuatan tepung.

Ia terhasil selepas Taiwan melakukan Revolusi Hijau bermula pada tahun 1950an hingga 1970an dengan mengadaptasi teknologi dari Jepun bagi menghasilkan antaranya benih baka berkualiti.

Sehingga kini Taiwan mempunyai lebih 200 varian padi untuk pelbagai keperluan yang lebih spesifik.  Semua varian ini adalah berasaskan benih baka IR8 yang telah menjadikan indsutri padi di Taiwan berkembang ke tahap mereka kecapi kini.

Malaysia melalui Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) sebenarnya pernah menuntut ilmu daripada Taiwan pada 70an hingga terbentuknya model pengurusan melalui koperasi berskala besar yang diamalkan sehingga hari ini.

Namun sejak itu, industri padi di Malaysia tidak pernah kering dengan polemik berkaitan isu isu politik dalam pentadbiran kerajaan sehingga ia menjadi antara punca permasalahan  pada hari ini.

Jika kerajaan tidak merevolusikan industri ini bermula daripada asas iaitu menghasilkan benih berkualiti dengan pelbagai varian masalah yang kita hadapi hari ini akan berterusan tanpa sebarang penyelesaian.

Ini kerana untuk menghasilkan benih berkualiti ia memerlukan teknik penanaman dan pengairan yang tepat disamping benih baka yang bersesuaian.

Baca artikel Pertama – Industri padi 2024 ke mana hala tuju kerajaan Madani ?

Kita sebenarnya ada asas yang cukup dengan adanya Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), MOSTI dan Universiti yang menjalankan penyelidikan namun jika kita bertanya dengan jujur pada diri sendiri. Dimana kedudukan kita sekarang?

Apa yang membezakan antara Malaysia dengan Taiwan adalah kesungguhan dan pengurusan yang benar benar meletakkan agenda memajukan industri pertanian ditahap terpenting.

Boleh dikatakan Taiwan sudah banyak melakukan perubahan melalui banyak penyelidikan untuk menghasilkan padi atau benih padi berkualiti sejak mereka melancarkan revolusi hijau.

Tambahan pula mereka kini dari segi pengurusan tidak lagi mengamalkan pengurusan  koperasi berskala besar seperti yang masih di amalkan di negara ini.

Di mana kita? Ke mana kita?

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 5,000 pengunjung meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Kewangan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya