HomeUtamaKerajaan Negeri alu-alukan bayaran interim RM1.5 bilion untuk Sabah

Kerajaan Negeri alu-alukan bayaran interim RM1.5 bilion untuk Sabah

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai peningkatan bayaran interim pemberian khas kepada Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion sebagai langkah sementara sebelum pemuktamadan pelaksanaan tuntutan 40 peratus hasil negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pengumuman itu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan dalam menghormati hak-hak Sabah yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau berkata, Sabah berharap dana berkenaan dapat disalurkan dalam kadar segera bagi memastikan manfaatnya dapat dirasai rakyat serta membantu mempercepat pelaksanaan pelbagai agenda pembangunan negeri.

“Sabah berharap dana tersebut dapat disalurkan secepat mungkin demi manfaat rakyat negeri ini,” katanya dalan kenyataan di sini pada Ahad.

Hajiji berkata, pendirian yang dinyatakan Perdana Menteri itu membuktikan kesungguhan Kerajaan Persekutuan untuk menunaikan janji serta menyelesaikan isu-isu yang sekian lama menjadi perhatian rakyat Sabah.

“Ini membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan menunaikan apa yang dijanjikan.

“Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan semua peruntukan di bawah MA63, khususnya pemberian khas 40 peratus, dapat direalisasikan,” katanya.

Pada Sabtu, Perdana Menteri mengumumkan bayaran interim pemberian khas kepada Sabah dinaikkan kepada RM1.5 bilion sementara menunggu pemuktamadan mekanisme pelaksanaan tuntutan 40 peratus hasil negeri yang terkandung dalam MA63.

Pengumuman itu disambut baik oleh pelbagai pihak di Sabah yang melihatnya sebagai langkah positif ke arah memperkukuhkan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta memastikan hak-hak Sabah terus diberi perhatian. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Sabah Menang Satu Lagi Pusingan, Namun Perjuangan 40% Masih Belum Selesai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular