HomeUtamaKerajaan negeri sumbang kepala singa bernilai RM1.5 juta

Kerajaan negeri sumbang kepala singa bernilai RM1.5 juta

Read Time:46 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri hari ini menyumbangkan kepala singa kepada tokong dan persatuan kaum cina di Sabah bagi tahun keempat berturut-turut sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Sabah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi tujuan itu pada tahun ini.

Majis penyampaian itu diwakili Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Penyampaian kepala singa kepada tokong dan persatuan itu adalah meliputi zon tengah Pantai Barat.

Majlis itu adalah permulaan sumbangan berkenaan yang akan diadakan di sembilan zon di negeri ini menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

Zon berkenaan ialah Beaufort/Sipitang, Kudat/Kota Marudu, Keningau, Tenom, Tawau/Semporna, Sandakan, Lahad Datu, Ranau dan Kota Belud.

Hadir sama pada majlis itu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib dan Presiden Dewan Perniagaan Cina Bersatu Sabah Tan Sri Andrew Liew Sui Fatt.

RELATED ARTICLES
Utama

KKM sasar sifar kes kusta menjelang 2030

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular