HomePolitikProgram celik digital bantu anak muda kuasai 'tentera' maya

Program celik digital bantu anak muda kuasai ‘tentera’ maya

Read Time:1 Minute, 21 Second

Beaufort : Program Celik Digital Gema Beliawanis mampu membantu anak muda khususnya jentera parti, iaitu sayap Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dalam usaha menguasai ‘tentera’ maya. 

Ketua Gagasan Rakyat Bahagian Klias, Datuk Isnin Aliasnih berkata, program seumpama itu sangat penting yang bertujuan untuk memberi pendedahan, khusus kepada Beliawanis bagi membantu mengukuhkan parti. 

“Parti kita masih baru, masih berusia awal tujuh bulan dan kita bermula dari bawah sebab itu kita memerlukan banyak pendedahan dengan melalui pelbagai kursus dan program. 

“Antaranya adalah kursus seperti ini dan kita mahu anak-anak muda kita mahir dalam semua perkara berkaitan digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program ‘Celik Digital’ Gema Beliawanis Zon Tiga bersama Pusat Ekonomi Digital (PeDI) di Beaufort di sini.

Isnin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, penguasaan anak muda terhadap media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan sebagainya merupakan antara fokus penganjuran program tersebut. 

“Tujuannya juga adalah untuk pemantapan kepada parti dan seterusnya menepis dan memperkuatkan benteng pertahanan daripada serangan pihak lawan,” katanya. 

Tambah Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Gagasan Rakyat itu, program tersebut akan diperluas dan diteruskan ke kawasan-kawasan lain bagi menarik minat anak-anak muda terutama kepada pengundi muda (Undi18). 

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai persediaan parti komponen itu dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, Isnin berkata, pihaknya sentiasa bersiap sedia dan tidak gentar dengan sesiapa sahaja yang mahu menjadi pihak lawan. 

Untuk rekod, seramai 117 peserta Beliawanis dari Zon Tiga yang mewakili bahagian atau Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing telah mengambil bahagian dalam program tersebut. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

278 penduduk Kg Linapasan terima manfaat jambatan gantung baharu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular