HomeUtamaNRES, agensi main peranan bangunkan bakat dan insan peka terhadap kelestarian alam...

NRES, agensi main peranan bangunkan bakat dan insan peka terhadap kelestarian alam sekitar

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bersama agensi dan rakan kerjasama memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan bakat dan insan yang peka tentang Kelestarian Alam Sekitar melibatkan seluruh masyarakat.

Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pelbagai kaedah dan aktiviti telah dilaksanakan bagi memastikan hasrat kerajaan tercapai.

“Umpamanya Festival Teknologi Hijau Dan STEM- Biodiversiti Secara Dalam Talian Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 seperti ini, menjadi satu medium supaya ilmu dan pengetahuan berkaitan Kelestarian Alam Sekitar ini dapat disebarluaskan.

“Dalam hal ini, Kementerian saya amatlah menyokong sebarang usaha dalam program-program pemindahan ilmu sebegini rupa.

“Sesungguhnya penglibatan semua pihak membuktikan komitmen dan sokongan kepada seruan kementerian dalam mempromosikan kelestarian ataupun kesedaran alam sekitar di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Festival Teknologi Hijau dan STEM-Biodiversiti 2023 di Sekolah Menengah (SM) All Saints di sini semalam.

Nik Nazmi berkata, kementeriannya yang bertanggungjawab terhadap sumber asli dan alam sekitar negara telah menetapkan hala tuju dalam beberapa perkara antaranya untuk terus komited melaksanakan amalan pengurusan hutan yang mampan.

Katanya, melalui usaha ini, Kementerian berharap bahawa hutan di negara ini akan terus memberikan faedah jangka panjang tanpa mengorbankan kelestarian.

“Disamping itu, Kementerian serius dalam menangani isu penggunaan plastik melalui pelbagai inisiatif.

“Antara langkah yang diambil ialah mengurangkan penggunaan plastik, meningkatkan pengurusan sisa plastik, dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai impak negatif plastik terhadap alam sekitar,” katanya.

Pada majlis tersebut, pelajar tingkatan lima sekolah berkenaan, Nathaniel Santanarajan dinobatkan sebagai pemenang pertama Kuiz Teknologi Hijau Kategori Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan mengalahkan 6,000 peserta dari seluruh negara. – SABAH MEDIA / FOTO SM ALL SAINTS

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular