HomeUtamaBekalan air di utara KK bertambah baik apabila kerja pemasangan paip di...

Bekalan air di utara KK bertambah baik apabila kerja pemasangan paip di LRA Telibong 2 Fasa 2 siap

Read Time:1 Minute, 2 Second

Tuaran : Bekalan air di kawasan Tuaran, utara Kota Kinabalu dan pusat bandar raya akan bertambah baik apabila kerja-kerja pemasangan dan penyambungan paip di Loji Rawatan Air (LRA) Telibong II Fasa II di sini siap dilaksanakan sebelum hujung bulan ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, tambahan isipadu air ke sistem agihan bekalan air sedia ada boleh mencapai ke 130 juta liter sehari (JLH) apabila kerja-kerja berkenaan siap dilaksanakan.

“Hari ini, saya bersama pihak kementerian telah mengadakan lawatan tapak ke Telibong untuk meninjau status kerja pemasangan dan penyambungan paip dan juga melihat sendiri operasi LRA Telibong II Fasa II yang telah siap pada awal Disember lalu.

“Saya difahamkan kerja penyambungan paip akan siap sebelum hujung Januari ini. Apabila siap kelak, tambahan isipadu air ke sistem agihan bekalan air sedia ada boleh mencapai ke 130 JLH (baru dan lama),” katanya dalam hantaran di Facebooknya di sini hari ini.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, kesan dari jumlah yang dicapai juga akan dapat dirasai di daerah Putatan menerusi penyelarasan agihan air yang akan dilakukan kelak.

“Selain itu, kami juga berbincang tentang pilihan untuk jajaran paip seterusnya bagi mengoptimakan pengeluaran isipadu air terawat selaras dengan kapasiti rekabentuk loji-loji di Telibong iaitu 180JLH,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular