HomeUtamaSPM 2023 : 38,778 calon berdaftar di seluruh Sabah

SPM 2023 : 38,778 calon berdaftar di seluruh Sabah

Read Time:1 Minute, 42 Second

Kota Kinabalu : Seramai 38,778 calon berdaftar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 melibatkan 315 pusat peperiksaan di seluruh Sabah.

Timbalan Pengarah (Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Mohd Zaini Yanin berkata, daripada jumlah itu seramai 35,105 calon adalah terdiri dari calon sekolah.

Katanya, baki calon dari jumlah itu adalah terdiri daripada calon di bawah agensi Kerajaan seperti Majlis Rendah Sains Mara (MRSM); Sekolah Agama Negeri (SAN); Sekolah Swasta dan calon persendirian.

“Semua calon SPM 2023 akan menduduki ujian bertulis bermula pada 30 Januari ini sehingga 7 Mac depan. Sementara bagi ujian amali Sains yang melibatkan mata pelajaran Fizik; Kimia; Biologi dan Sains Tambahan, ianya telah dilaksanakan bermula 5 Disember 2023.

“Bagi ujian bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, ianya telah mula dilaksanakan mulai 8 Januari lalu sehingga 23 Januari ini. Manakala ujian mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan 29 Januari ini,” katanya dalam kenyataan di sini,

Zaini berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan beberapa agensi Kerajaan khususnya Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS); Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); Maritim Malaysia; Polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Katanya, ia adalah bagi menghadapi sebarang kemungkinan semasa peperiksaan berlangsung seperti cuaca dan calon dijangkiti COVID-19.

“Jawatankuasa Keselamatan peringkat Negeri Sabah telah dilaksanakan di mana JPNS telah bermesyuarat bersama-sama agensi kerajaan yang terlibat untuk kita bersama-sama membincangkan dan memperhalusi isu-isu yang akan timbul sepanjang peperiksaan berlangsung.

“Memandangkan cuaca yang tidak menentu terutamanya keadaan hujan yang kadang-kadang lebat dan berterusan dikhuatiri boleh membawa kepada bencana banjir dan tanah runtuh. Justeru itu, langkah-langkah proaktif telah disediakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah yang dikenali sebagai Ops Payung.

“Calon digalakkan menginap di asrama sepanjang tempoh peperiksaan bagi mengelakkan sebarang masalah pergerakkan calon ke pusat peperiksaan. Sekiranya calon ada masalah kehadiran ke pusat peperiksaan kerana halangan banjir, sila hubungi dan maklumkan kepada pihak sekolah agar bantuan dapat diberi,” katanya.

Dalam pada itu, Zaini berkata, bilik gerakan SPM JPNS turut ditempatkan di Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan sekiranya berlaku perkara diluar jangka. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Luar negaraUtama

Video terakhir Raisi sebelum helikopter dinaiki terhempas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular