HomeUtamaDua jawatankuasa diwujudkan pastikan program pembangunan dilaksanakan lebih efektif

Dua jawatankuasa diwujudkan pastikan program pembangunan dilaksanakan lebih efektif

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah telah mewujudkan dua jawatankuasa baharu bagi memastikan program pembangunan di negeri ini dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan efisien tahun ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, ia termasuklah Jawatankuasa Pemandu Program Pembangunan dan Jawatankuasa Pemantauan Program Pembangunan.

“Pertama, Jawatankuasa Pemandu Program Pembangunan akan dipengerusi oleh saya sendiri dan kedua ialah Jawatankuasa Pemantauan Program Pembangunan yang akan dipengerusikan oleh Datuk Setiausaha Tetap.

“Selain itu, saya amat berharap agar capaian real-time data dapat diakses dengan pantas dan mudah. Perkara ini saya tekankan kerana dalam kita menelusuri kemajuan teknologi dan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Amanat Menteri KPLB di sini hari ini.

Jahid berkata, pemantapan pengurusan data adalah amat penting bagi mengiktiraf, mencerap dan menelusuri data terkini serta menetapkan budaya pengurusan data dalam melaksanakan program, dasar dan projek di Kementerian ini.

Katanya, kementerian ini juga dapat membantu kerajaan dalam membuat keputusan dan dasar.

“Justeru, saya berharap agar semua yang diberi tanggungjawab untuk memastikan data Sistem Aplikasi Profil Kampung Sabah (SAPKS) dan dashboard pembangunan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.

“Dengan kekuatan pasukan yang ada, saya yakin kita akan berjaya mengharungi cabaran yang dihadapi negeri pada masa ini dan memberikan yang terbaik untuk memastikan agenda pembangunan luar bandar akan terus dapat dilaksanakan.

“Kita mempunyai data yang tepat dan sentiasa dikemaskini supaya menjadi satu rujukan kepada kerajaan. Kerana itu, di dalam kita memberikan perkhidmatan kepada rakyat, kita hendaklah pastikan sentiasa ada penambahbaikan sama ada dari segi sistem, peraturan, proses kerja, serta penghasilannya agar ia benar-benar memberi manfaat kepada rakyat,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah kekal harmoni dengan keunikan kepelbagaian – Jeffrey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular