HomeUtamaKerajaan negeri warta 700 ekar tapak kilang klinker & simen bersepadu di...

Kerajaan negeri warta 700 ekar tapak kilang klinker & simen bersepadu di Kg Kawayoi

Read Time:1 Minute, 46 Second

TONGOD: Kerajaan negeri mewartakan 700 ekar tanah untuk tapak kilang klinker dan simen bersepadu bernilai RM2 bilion di Kampung Kawayoi terletak 130 kilometer dari Pekan Tongod.

Pengerusi Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd (BCS) Datuk Masiung Banah berkata, daripada jumlah keluasan itu, 200 ekar akan digunakan untuk mendirikan kilang dan kuartes pekerja.

“Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dijangka akan melakukan upacara perasmian pecah tanah pada April tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis dialog bersama penduduk terlibat mengenai projek tersebut di Kampung Kawayoi, semalam.

Menurut Masiung, apabila beroperasi, kilang itu bakal menyediakan sebanyak 1,000 peluang pekerjaan yang akan ditawarkan kepada warga tempatan.

” Selain itu, kilang berkenaan juga akan membina jalan raya berturap sejauh 26 kilometer daripada Kampung Matiku, Nabawan ke tapak kilang di Kampung Kawayoi menerusi Inarad, ” katanya.

Masiung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, berkata selain pembinaan jalan raya, lebih 5,000 penduduk kampung berdekatan turut menikmati pelbagai kemudahan asas.

Sementara itu, Pengurus Besar BCS, Michael Kinsuan berkata, pihaknya juga akan membina loji air terawat, stesen janakuasa elektrik 40 Megawatt (MW) dan menara telekomunikasi.

Jelasnya, BCS juga akan mendirikan klinik termasuk menaik taraf masjid dan gereja sedia ada di kawasan terbabit untuk kemudahan penduduk tempatan.

“Semua infrastruktur dan kemudahan asas yang disediakan itu akan di nikmati lebih 6,000 penduduk di Kampung Kawayoi, Inarad, Susui, Langga dan Tudingan.

“Pembinaan jalan raya dan kemudahan asas itu menelan belanja sebanyak RM350 juta,” katanya.

Michael berkata, Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) juga turut merancang mewujudkan kompleks pekan baharu di Kampung Kawayoi yang dilengkapi dengan kemudahan Balai Polis dan Bomba.

“Apabila beroperasi, kilang klinker dan simen itu mampu mengeluark noan sebanyak 5,000 tan sehari atau 1.5 juta tan setahun bagi menampung keperluan simen di Sabah,” jelasnya.

Beliau memberi jaminan, harga simen akan lebih murah di pasaran tempatan sebaik sahaja kilang itu beroperasi sepenuhnya.

Menurut Michael lagi, selain untuk pasaran tempatan pengeluaran simen itu juga akan dieksport ke negara jiran.

Lawatan turut disertai Pengurus Besar Kumpulan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco), Haizar Razif Hisyam Ajaz Nabizam, Pegawai Daerah Tongod, Nelson Domil Oluk, Timbalan Pengurus Besar Sedco, Azrul Ahmad.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular