HomeUtamaKimanis Power Sdn Bhd bayar dividen RM16 juta

Kimanis Power Sdn Bhd bayar dividen RM16 juta

Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Kimanis Power Sdn Bhd membayar dividen RM16 juta kepada pemegang sahamnya, NRG Consortium (Sabah) Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah untuk tahun kewangan berakhir 2023.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan replika cek daripada Pengerusi Kimanis Power Sdn Bhd, Abdul Aziz Othman kepada Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) (ICSB), Datuk Jasnih Daya di Menara Kinabalu di sini, hari ini.

NRG Consortium mempunyai 40 peratus kepentingan dalam Kimanis Power Sdn Bhd yang mengendalikan Kimanis Power Plant sejak 2014. Manakala 60 peratus saham lagi dimiliki Petronas Gas Berhad (PGB).

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong, Ketua Pegawai Eksekutif, Kimanis Power Sdn Bhd Rozali Khamis, Pengurus Besar PGB (Kewangan dan Risiko) Shahrul Azham Sukaiman, Pengurus Besar PGB (BD&C) Hisham Maaulot dan Ketua Petronas Sabah dan Labuan, Siti Ayu Haniza A Wahab.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular