Kota Kinabalu : Pelbagai acara dan aktiviti akan diadakan sempena sambutan Tahun Baru Cina (CNY) yang akan berlangsung di pusat beli belah Centre Points Sabah (CPS) bermula semalam.
CPS dalam satu kenyataan berkata, program yang diilhamkan ‘Fortune Cat’ itu adalah merupakan simbolik kepada keuntungan atau tuah selain turut dihiasi dengan hiasan meriah yang melambangkan tuah dan kemakmuran.
Sebanyak enam acara dan satu aktiviti akan dijalankan di CPS antaranya Pertandingan Kaligrafi Cina; Pertandingan Mewarna Kanak-kanak; “Line Dance” Bercahaya , Peraduan Nyanyian Kanak-Kanak Riang Tahun Baharu, Pertunjukan Tarian Singa dan Irama Lunar: Persembahan Cina serta “Angpao Cashback Redemption”.
Kemuncak sambutan adalah persembagan tarian singa yang akan berlangsung pada 10 hingga 11 Februari depan.
Sementara itu, pusat beli-belah itu menjalankan acara seluruh pusat beli-belah di mana pembeli boleh mendapat pulangan tunai bertuah sama ada RM5 atau RM10 dengan pembelian RM100 pada satu resit atau gabungan.
Acara di seluruh pusat membeli-belah akan berlangsung di Kaunter Informasi, tingkat bawah dari 3hb – 9hb Februari 2024. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline acara di 017-8331663 atau layari laman Facebook Centre Point Sabah. – SABAH MEDIA