HomeIsu tempatan‘Consumers Choice Awards’ galak peniaga, usahawan tingkat perkhidmatan berkualiti

‘Consumers Choice Awards’ galak peniaga, usahawan tingkat perkhidmatan berkualiti

Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu : Penganugerahan ‘Consumers Choice Awards 2024/2025’ kepada 40 pengusaha dan peniaga cemerlang di negeri diyakini mampu mempertingkatkan lagi produktiviti dan mutu perkhidmatan yang berkualiti tinggi.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, semua yang dipilih telah berjaya menunjukkan kecemerlangan dan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan perkhidmatan yang unggul, integrity dan profesionalisme.

“Saya berharap ia dapat menggalakkan para peniaga dan usahawan tempatan untuk terus memberikan komitmen dan daya usaha bagi mempertingkatkan produktiviti dan mutu perkhidmatan yang berkualiti tinggi.

“Ini sekali gus menjadikan perkhidmatan para peniaga kekal sebagai perkhidmatan yang relevan dan diyakini oleh pengguna, serta menepati kehendak dan ekspektasi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah ‘Consumers Choice Awards 2024/2025’ di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Setiausaha Politik beliau Jenddy Datuk Okk Sanggau.

James berkata, kementeriannya sentiasa komited dalam membudayakan masyarakat prihatin dan bertanggungjawab dengan merakyatkan perkhidmatan cemerlang ke arah kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, pengiktirafan ini juga seharusnya mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan semua usahawan tempatan untuk membuktikan keupayaan masing-masing bagi menghasilkan perkhidmatan pengguna yang terbaik.

“Saya yakin kemenangan ini akan memberi impak positif dalam memperbaiki mutu kehidupan seharian masyarakat. Semoga kemenangan ini membawa keseimbangan ekonomi dan sosial yang lebih baik di negara kita.

“Bagi pihak kementerian, saya sentiasa menghargai pengorbanan dan usaha tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang komited dalam melakari dan menyelusuri kecemerlangan perkhidmatan dalam bidang masing-masing demi kejayaan diri, organisasi, bangsa dan negara.

“Semoga dengan pengiktirafan ini akan membangkitkan lagi semangat mencurahkan bakti kepada negara dan meningkatkan azam untuk berusaha dengan lebih gigih dan penuh iltizam pada masa akan datang bagi menaikkan imej masing-masing di peringkat Kebangsaan mahupun di peringkat global,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular