HomeUtamaFadillah selesai adakan lawatan kerja di Sabah

Fadillah selesai adakan lawatan kerja di Sabah

Read Time:38 Second

Kota Kinabalu :  Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof selesai mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Sabah bermula Jumaat lalu dan berlepas ke Wilayah Persekutuan Labuan, pagi tadi.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam (KPTDA) sempat melawat beberapa projek-projek pembangunan KPTDA di negeri ini.

Antaranya Loji Rawatan Air (LRA) Telibong Fasa II, Projek PPU Gudon Sepanggar dan Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog (Pakej 3).

Turut mengiringi keberangkatan Fadillah di Lapangan Terbang Antabangsa Kota Kinabalu (KKIA) Terminal 2 ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Ariffin Mohd Arif.

Turut mengiringi Fadillah ialah  Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Juri, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular