HomeUtamaKPM diminta beri perhatian, tindakan sewajarnya kepada sekolah daif di Sepanggar

KPM diminta beri perhatian, tindakan sewajarnya kepada sekolah daif di Sepanggar

Read Time:59 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diminta untuk memberi perhatian dan tindakan sewajarnya terhadap masalah sekolah-sekolah daif di sekitar kawasan Parlimen Sepanggar yang masih belum diselesaikan.

Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud berkata, sehingga kini terdapat 12 buah sekolah rendah yang dikenal pasti daif dan tidak selamat diduduki serta memerlukan perhatian segera.

Katanya, ia termasuklah pembaikan segera infrastuktur bangunan demi keselamatan murid dan guru.

“Sebelum ini kita melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Darau yang daif dan sudah mendapat maklum balas Kementerian Pendidikan tetapi ada 12 lagi sekolah daif di Parlimen Sepanggar yang perlu dilihat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan acara ‘mencelik mata singa’ sempena sambutan Tahun Baharu Cina, di Inanam, di sini semalam.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pengumuman KPM untuk menyegerakan permohonan peruntukan bagi memperbaiki kemudahan dan infrastuktur SK Darau, Mustapha berkata, beliau amat mengalu-alukan peruntukan yang disalurkan itu.

“Sebagai Ahli Parlimen, saya amat mengalu-alukan peruntukan ini disegerakan dan saya juga mahu supaya dilihat juga ada beberapa sekolah lain yang masih daif.

“Jadi saya minta supaya KPM dan juga agensi-agensi lain dapat melawat sekolah-sekolah daif ini dan ambil tindakan sebaiknya,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO UPKO SEPANGGAR

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular