HomeUtama11 anggota Geng Upik termasuk bergelar Datuk didakwa hari ini

11 anggota Geng Upik termasuk bergelar Datuk didakwa hari ini

Read Time:1 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU: Seramai 11 anggota kumpulan Geng Upik termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dipercayai terlibat dengan sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu di sini, hari ini.

Tertuduh dikenali sebagai Datuk Maslan Sani, 41, Rahman Burijin, 44; Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45,; Mohd Fauzie Rablin, 33; Shahlan Shah Abdul Samad, 37; Nelson Yen Yee Chung, 46; Mohd Faridzul Asmahadi, 31; Fazrul Bahar, 32; Alkan Abraham, 35; Mazlan Mahmud, 41; dan Mahathir Jibarail, 49.

Menurut fakta mahkamah, kesemua tertuduh didakwa atas kesalahan yang dilakukan antara 2015 hingga 24 Disember 2023 di Daerah Kota Kinabalu dan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang “Geng Upik”.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan, Akta 574 (Kesalahan Jenayah Terancang) dan boleh dihukum Seksyen yang sama.

Pertuduhan dikendalikan tiga orang Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nazran Nohd Sham, Siti Hajar Nat Radzi dan Nur Aina Ridwan di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.

Bagaimanapun, tiada pengakuan kesemua tertuduh direkodkan hari ini dan mahkamah menetapkan 1 Mac 2024 untuk permohonan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Menurut laporan media pada 26 Disember lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay memaklumkan Bukit Aman menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu terbesar di Sabah, yang disyaki mula beroperasi sejak 2015.

Dalam serbuan serbuan pukul 2.45 pagi pada 25 Disember lalu di sekitar Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna itu, polis menahan 10 lelaki termasuk dalang utama sindiket seorang ahli perniagaan berusia 40 tahun yang bergelar Datuk.

Siasatan awal mendapati, sindiket memperoleh bekalan dadah dari negara jiran sejak 2015 dan menyeludup masuk bahan terlarang itu ke Sabah untuk pasaran sekitar negeri terbabit, selain turut diseludup ke Indonesia dan Filipina.

Pada 29 Disember lalu, polis turut menahan seorang pegawai agensi penguat kuasa berusia 43 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket berkenaan dan ini menjadikan keseluruhan 11 ditahan berkaitan sindiket itu.

Selain itu, proses mengesan aset-aset lain yang dimiliki suspek juga masih berjalan selain beberapa akaun sudah dibekukan.

Untuk rekod, polis dilapor telah membekukan 22 akaun bank membabitkan nilai RM420,000, selain menyita 18 kenderaan bernilai RM6.6 juta kebanyakannya kenderaan mewah, wang tunai RM35,000, barang kemas dan jam mewah dianggarkan RM100,000.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular