HomeUtamaBekalan tenaga elektrik hari ini pada tahap berwaspada, namun diramalkan tidak ada...

Bekalan tenaga elektrik hari ini pada tahap berwaspada, namun diramalkan tidak ada catuan

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu: Bekalan tenaga elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada Isnin (hari ini) diramalkan pada tahap berwaspada, namun dijangka tidak berlaku catuan.

Pengurus Besar Operator Sistem Grid Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ir. Adrian Mosigil berkata, keseluruhan bekalan tenaga dianggarkan berjumlah 1,128MW.

“Ia termasuk penjanaan tenaga solar yang dibekalkan syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), Tadau Energy Sdn Bhd sebanyak 18.3MW daripada keupayaan penjanaan maksima 50MW, bergantung kepada cuaca dan tenaga suria.

“Manakala, jangkaan waktu puncak hari ini adalah pukul 2.30 petang dengan permintaan tenaga maksima diramalkan boleh mencecah sehingga 1,027MW,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Walau bagaimanapun katanya, SESB masih mempunyai rizab margin sebanyak 101W sebagai stok bekalan tenaga sekiranya berlaku kecemasan atau lebihan permintaan pada waktu tersebut.

“Justeru pelaksanaan catuan bekalan elektrik pada hari ini diramalkan tidak akan berlaku.

“Semalam waktu puncak adalah pukul 7.30 petang dengan permintaan tenaga maksima sebanyak 957MW dengan stok lebihan bekalan tenaga yang tidak digunakan sebanyak 156.79MW,” katanya.

Untuk rekod, Pengendali Sistem Grid atau Grid System Operator (GSO) merupakan sebuah jabatan dalam SESB yang bertanggungjawab untuk mengendalikan sistem grid dengan cara yang selamat, terjamin, sentiasa stabil, dan ekonomi.

Jabatan ini akan memberikan ramalan bekalan tenaga dan catuan elektrik pada setiap Isnin hingga Jumaat untuk rujukan pengguna dan pemegang taruh SESB. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular