HomeUtamaKeharmonian, perpaduan kunci kesejahteraan dan kemakmuran negeri

Keharmonian, perpaduan kunci kesejahteraan dan kemakmuran negeri

Read Time:1 Minute, 18 Second

Tuaran : Keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat Sabah menjadi kunci kepada kesejahteraan dan kemakmuran negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, rakyat berbilang kaum dan bangsa di negeri ini saling hormat menghormati dan meraikan setiap perayaan dan kebudayaan bersama dengan penuh harmoni.

Katanya, Perayaan Tahun Baru Cina (CNY) bukan hanya disambut oleh masyarakat Tionghua di Sabah, malah pelbagai suku kaum lain di negeri ini turut bersama-sama meraikannya.

“Inilah keunikan di negeri Sabah kerana rakyat daripada pelbagai suku kaum dan budaya dapat bersama-sama menyambut sesuatu perayaan dengan penuh harmoni dan meriah.

“Keharmonian dan persafahaman ini telah kita warisi dari nenek moyang dan ianya hendaklah terus dipertahankan dan diwarisi oleh generasi muda”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Tuaran 2024 Dragon, Unicorns & Lions Dance Festival di Padang Dataran Tuaran di sini semalam.

Hajiji berkata, kepelbagaian itu juga membolehkan rakyat berbilang kaum di negeri ini hidup aman damai dan harmoni.

“Kita di Sabah boleh menjadi contoh dan teladan kepada negeri-negeri lain di Malaysia dalam soal persefahaman dan perpaduan rakyat berbilang kaum dan budaya,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, Kerajaan Negeri menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) komited membangunkan negeri ini dan rakyatnya tanpa memilih bangsa dan agama.

Katanya, Kerajaan Negeri menerusi Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri akan menganjurkan sambutan Perayaan CNY tahun ini bagi memeriahkan lagi suasana perayaan itu.

Hadir sama Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya dan Presiden Lions Club Tuaran, Kapitan Frankie Goh. – SABAH MEDIA / FOTO JKM

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular