HomeUtamaTiga penjawat awam direman, guna kedudukan lantik syarikat milik keluarga

Tiga penjawat awam direman, guna kedudukan lantik syarikat milik keluarga

Read Time:56 Second

LABUAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan telah menahan reman tiga penjawat awam di sebuah jabatan kerana menggunakan kedudukan dan jawatan dengan melantik sebuah syarikat milik ahli keluarga membabitkan kerja pembekalan alatan sukan dianggarkan bernilai RM80,000.

Perintah reman selama lima hari bermula hari ini sehingga 28 Januari 2024 terhadap ketiga-tiga suspek yang berusia sekitar 40-an telah dikeluarkan oleh Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Labuan, pagi ini.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek telah menggunakan kedudukan dan jawatan apabila melantik dua syarikat iaitu salah satunya milik isteri manakala salah satu lagi milik adik kandung salah seorang daripada mereka bagi kerja-kerja pembekalan alatan sukan dengan kontrak dianggarkan berjumlah RM80,000.

“Siasatan awal mendapati kontrak ini membabitkan kerja-kerja pembekalan alatan sukan untuk sekolah-sekolah di Labuan sekitar tahun 2018 hingga 2021.

“Ketiga-tiga suspek telah ditahan sekitar jam 7 hingga 8 malam semalam ketika hadir di Pejabat SPRM Labuan dan direkodkan keterangan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Labuan, Datu Robbyie Shym Datu Pindatun ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

RELATED ARTICLES
Utama

Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah bermotifkan politik, meraih perhatian media – Shahelmey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular