HomeUtamaKebakaran Rumah: Tujuh sekeluarga terselamat, penyelamat maut akibat sesak nafas terhidu asap...

Kebakaran Rumah: Tujuh sekeluarga terselamat, penyelamat maut akibat sesak nafas terhidu asap berlebihan

Read Time:1 Minute, 30 Second

LABUAN: Tujuh sekeluarga mangsa kebakaran terselamat, namun seorang jiran yang berhati mulia menemui ajalnya selepas berjaya menyelamatkan kesemua mangsa dalam kejadian kebakaran rumah kediaman teres dua tingkat di Merinding Garden, Jalan OKK Daud di sini awal pagi tadi.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Gillian Donald, 41, dipercayai mengalami sesak nafas akibat terhidu bau asap yang berlebihan selepas berjaya menyelamatkan kesemua mangsa dari kebakaran itu.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan Superintendan Mohd Hamizi Halim mengesahkan dan menerima maklumat mengenai kejadian kebakaran tersebut pada jam 4.17 pagi tadi (24 Jan).

“Pihak polis yang menjalankan siasatan awal di tempat kejadian mendapati pihak bomba telah berjaya memadam kebakaran.

“Siasatan lanjut juga mendapati seramai tujuh orang isi rumah terdiri daripada enam perempuan, tiga daripadanya kanak-kanak dan seorang lelaki berjaya diselamatkan. Kesemua mangsa masing-masing berusia empat hingga 67 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Hamizi, seorang sukarelawan iaitu jiran mangsa kebakaran yang telah
bertungkus lumus dan berjaya menyelamatkan tujuh mangsa kebakaran didapati telah meninggal dunia.

Jelasnya, selepas kejadian Gillian berasa letih dan tidak bermaya lalu pengsan. Bantuan pernafasan (CPR) telah diberikan namun beliau gagal diselamatkan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke hospital dengan ambulan dan pada jam 6.10 pagi.

“Pegawai Perubatan mengesahkan yang mangsa telah meninggal dunia disyaki mengalami sesak nafas dipercayai akibat terhidu bau asap yang berlebihan.

“Seterusnya mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Nukleus W.P. Labuan untuk pemeriksaan lanjut dan didapati tiada sebarang kecederaan di tubuh badan mangsa, namun siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, hasil siasatan awal pihak bomba, punca kebakaran dipercayai datang daripada kenderaan milik mangsa kebakaran yang diparkir di hadapan rumah dan seterusnya merebak ke dalam rumah.

“Manakala kesemua mangsa yang diselamatkan berada dalam keadaan stabil dan dua daripadanya menerima rawatan akibat kecederaan yang dialami,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular