HomeUtamaDBKK benarkan peniaga buka gerai depan rumah pada Ramadan

DBKK benarkan peniaga buka gerai depan rumah pada Ramadan

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memberi kebenaran untuk membuka gerai jualan dihadapan rumah pada bulan Ramadan ini.

Bagaimanapun, Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, peniaga khususnya individu yang mahu membuka gerai perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

“Kita akan membenarkan mana-mana individu yang hendak berniaga dalam bulan Ramadan ini untuk membuka gerai di hadapan rumah masing-masing.

“Tetapi mereka ini hendaklah memenuhi syarat-syarat yang akan ditetapkan oleh DBKK. Sebagai contoh sijil kesihatan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan gerai tadi tidak menghalang lalu lintas atau jalan kejiranan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan pengiktirafan Pejabat Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu dan Pejabat Sedafiat Sdn Bhd sebagai pejabat bersih dan hijau di sini hari ini.

Sabin berkata demikian bagi mengulas mengenai permintaan peniaga yang ingin berniaga pada bulan Ramadan akan datang.

Sebelum ini, DBKK telah memaklumkan bahawa akan membuka sebanyak 15 lokasi bazar Ramadan pada tahun ini di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

Katanya, kebanyakan lokasi membabitkan tapak pasar malam dan kawasan letak kereta yang dijadikan lokasi sementara bazar.

Antara lokasi utama bazar Ramadan di sekitar bandar raya ini antaranya di Lintasan Deasoka (Jalan Gaya), Tanjung Aru, Sembulan, Damai dan Taman Indah Permai.

Beliau turut berkata, DBKK turut mempertimbangkan untuk membuka lokasi bazar Ramadan baharu iaitu berhampiran Padang Merdeka atas permintaan yang agak menggalakkan daripada para peniaga.

Lebih 1,000 gerai dijangka akan ditawarkan kepada peniaga yang dibuka dari jam 2 petang hingga 7 malam. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

Suami isteri ditangkap miliki syabu seberat 466.07g

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular