HomeUtamaLebih 150,000 individu di Sabah telah mendaftar dalam sistem PADU

Lebih 150,000 individu di Sabah telah mendaftar dalam sistem PADU

Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Seramai lebih 150,000 atau 8.7 peratus individu di Sabah telah berjaya didaftarkan menerusi Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sehingga semalam.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, seluruh agensi kerajaan turut membantu bagi memastikan Jabatan Perangkaan Malaysia meminimumkan risiko keciciran dalam pelaksanaan subsidi bersasar melalui pendaftaran PADU. 

“Berdasarkan data yang telah kita integrasikan untuk Sabah, sebanyak 2.6 juta warganegara rakyat negeri ini dan juga pemastautin di Sabah ini telah pun kita masukkan dalam sistem PADU.

“Mereka hanya perlu mengemas kini maklumat-maklumat yang diperlukan dan sehingga kini kita telah mempunyai 150,000 ataupun 8.7 peratus daripada jumlah tersebut yang telahpun mengemas kini maklumat dlm sistem padu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika di temui selepas mengadakan lawatan ke kaunter PADU di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini semalam.

Mohd Uzir berkata, pihak turut memohon bantuan rakyat bagi membantu mereka yang kurang mahir digital untuk mendaftar, termasuk ibu bapa, keluarga dan jiran.

Katanya, ia adalah bertujuan bagi meningkatkan kecekapan perancangan dasar dan pengagihan sumber, terutama pengagihan subsidi dan bantuan kerajaan yang lebih bersasar kepada rakyat yang benar-benar layak.

Menurut maklumat dikongsikan dalam Facebook rasmi PADU, sejak dilancarkan 2 Jan lalu, Selangor merekodkan jumlah tertinggi kemas kini maklumat PADU dengan 292,535 orang, diikuti Sarawak (201,399), Johor (164,253), Perak (142,199), dan Sabah (135,008). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KKM sasar sifar kes kusta menjelang 2030

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular