HomeIsu tempatanOrang ramai dialu-alukan hadir meriahkan Pesta Ang Pau Penampang 16 Februari ini

Orang ramai dialu-alukan hadir meriahkan Pesta Ang Pau Penampang 16 Februari ini

Read Time:1 Minute, 2 Second

Penampang: Masyarakat di daerah ini dan sekitarnya dijemput untuk menghadiri Pesta Ang Pau Penampang 2024, pada 16 Februari ini, di Buhavan Square, Donggongon, Penampang.

Ahli Parlimen Penampang yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, acara tahunan itu diadakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

“Pejabat Parlimen Penampang dan Pejabat Adun Kapayan akan mengadakan Pesta Ang Pau di Buhavan Square Donggongon Penampang dan kami menjemput semua lapisan masyarakat untuk hadir sama memeriahkan sambutan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas upacara pembukaan mata singa, di Tapikong Fook Tet Kung Dongongon, di sini semalam.

Hadir sama, Adun Kapayan Jannie Lasimbang, Timbalan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Donald Mojuntin, Ketua Cabang PKR Penampang Joseph Alex Chang dan Ketua Masyarakat Cina Donggongon Hoe Kwok Hung.

Mengenai upacara pembukaan mata singa, Ewon berkata, secara tradisinya pembukaan mata singa dibuat sebelum tibanya sambutan Tahun Baharu Cina.

“Ini adalah antara keunikan budaya di negara ini, khususnya di Penampang yang kita perlu pertahankan apa yang telah dimulakan dan telah dibudayakan oleh masyarakat Cina selama ini,” katanya.

Lima persatuan dan kelab masyarakat Cina di Penampang menerima sumbangan kepala singa daripada Ahli Parlimen Penampang dan Adun Kapayan, untuk digunakan pada sambutan tahun baharu Cina yang tidak lama lagi akan menjelang tiba. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PSI Universiti Oxford, UMS catat sejarah jalin kerjasama dalam penyelidikan pandemik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular