HomeUtama14 individu, NGO terima anugerah dan sijil penghargaan

14 individu, NGO terima anugerah dan sijil penghargaan

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Seramai 14 orang terdiri daripada individu, badan bukan kerajaan (NGO) menerima anugerah dan sijil penghargaan sempena Malam Penghargaan 2023 dan Muzikal Suara Dari Hati.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Pada majlis yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib itu turut menawarkan enam kategori anugerah dan penghargaan bagi memberi pengiktirafan kepada penerima.

Antara kategori yang ditawarkan adalah Sijil Penghargaan Individu 2023; Sijil Penghargaan Organisasi / Korporat 2023; Anugerah Sukarelawan Muda Wanita / Lelaki 2023, Anugerah Sumbangan Ikhlas 2023 dan Anugerah Tokoh Sukarelawan Kebajikan Wanita 2023.

Terdahulu, James ketika berucap berkata, acara tahunan sempena Bulan Kebajikan itu dilihat mampu memperkasa budaya kesukarelawan kebajikan dalam kalangan rakyat.

Katanya, tema bulan kebajikan tahun 2023 adalah ‘Kebersamaan Teras Malaysia Madani’. Tema ini amat bertepatan dengan usaha Kementerian saya untuk menggalakkan kerjasama dan penglibatan masyarakat bersama membina sebuah masyarakat yang prihatin.

“Usaha ini adalah selaras dengan konsep Madani yang telah dirangka sebagai ikhtiar Kerajaan untuk memetakan strategi bagi mentadbir negara dengan berkesan.

“Kebersamaan semua lapisan masyarakat dalam usaha ini amat diharapkan agar tiada yang ketinggalan, agar dapat membina masyarakat inklusif, agar dapat meningkatkan impak dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat,” katanya.

Pada majlis itu, Tun Juhar turut menyampaikan Anugerah Sukarela Kebajikan dan Sumbangan Ikhlas 2023 kepada individu, pertubuhan kebanjikan dan badan korporat atas sumbangan yang diberikan demi kesejahteraan rakyat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Mayat lelaki warga Sweden ditemui dalam kapal pelayaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular