HomeUtamaPantai Kg Kibagu jadi produk terbaharu pelancongan di bandaraya Kota Kinabalu

Pantai Kg Kibagu jadi produk terbaharu pelancongan di bandaraya Kota Kinabalu

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU : Tahap kebersihan Pantai Kampung Kibagu akan dipertingkatkan sekali gus merupakan salah satu cadangan terbaharu bagi produk pelancongan khususnya di kawasan bandaraya Kota Kinabalu.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama penduduk Kampung Kibagu bagi memastikan cadangan ini dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat.

Katanya, masih ada ruang yang boleh diperbaiki khusus melibatkan untuk meningkatkan tahap kebersihan Pantai Kg Kibagu sekali gus ia merupakan lokasi baharu kepada pelancong dalam dan luar negara di kawasan bandaraya Kota Kinabalu.

“Saya hari ini berkesempatan melawat sekitar kawasan Pantai Kampung Kibagu, sangat tertarik dengan keindahan pantai kampung yang secara semula jadi yang berhampiran dengan kawasan laut.

“DBKK akan mencari jalan terbaik, termasuk mengadakan perbincangan serta perjumpaan bersama pihak pengurusan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi memastikan cadangan produk pelancongan ini dapat dilaksanakan.

“Kita melihat ini merupakan salah satu sumber untuk penduduk Kg Kibagu menambah hasil pendapatan apabila pelancong datang berkunjung ke pantai ini nanti,” katanya.

Beliau berkata selepas mengadakan lawatan kerja di sekitar Kawasan Pantai Kibagu dan Tapak Menjual Ikan di Muara Sungai Likas di sini semalam.

Dr Sabin berkata, Pantai Kampung Kibagu dilihat berpotensi sebagai lokasi terbaharu pelancong untuk menyaksikan fenomena matahari terbenam di kawasan berkenaan.

“Hari ini saya sampai serta melihat sendiri ke kawasan pantai ini mendapati taburan sampah membabitkan bekas minuman, makanan serta pelbagai bahan buangan berada di sepanjang pantai berkenaan.

“Faktor mungkin berhampiran dengan sebuah kawasan perkampungan atas air serta fenomena air pasang surut juga dilihat antara punca utama masalah sampah ini,” jelas Dr Sabin.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Operasi DBKK, Robert Lipon dan Timbalan Ketua Pengarah Sektor Khidmat Pengurusan, Rosnah Datu Tumai.

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular