HomeIsu tempatanGagasan Rakyat Api-Api santuni masyarakat sempena Tahun Baru Cina

Gagasan Rakyat Api-Api santuni masyarakat sempena Tahun Baru Cina

Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) terus mendekati dan menyantuni masyarakat menerusi program ‘Walkabout’ sempena  sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Program anjuran Gagasan Rakyat Bahagian Api-Api itu telah diadakan di Jalan Gaya di sini semalam seterusnya menyantuni pengunjung, peniaga dan komuniti.

Pengerusi Penganjur yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat Api-Api, Syahrul Safwan Najwan Faisyal berkata, usaha itu merupakan satu langkah bagi mengukuhkan ikatan serta membina jalinan yang harmoni.

“Usaha ini sebagai satu platform untuk mendekati rakyat, menyatupadukan orang ramai serta memupuk semangat perpaduan di kalangan pelbagai kaum pada setiap perayaan yang diraikan.

“Ia juga satu usaha menjadikan Gagasan Rakyat di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor sebagai satu parti berbilang bangsa di negeri ini,” katanya.

Hadir sama Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Datuk Faisyal Datuk Yusof Hamdain Diego.

Pada program itu, sebanyak 1,200 ‘goodies bag’ turut diagihkan kepada orang ramai yang berada disekitar Jalan Gaya.

Sementara itu, Faisyal berkata, selain mempromosi kebersamaan, penganjuran sedemikian dapat mengeratkan parti tersebut kepada rakyat sekitar.

“Program yang kta anjurkan pada hari ini adalah sempena Tahun Baru Cina. Sudah pasti kita bekerjasama dengan Pemuda; Beliawanis dan Wanita untuk melaksanakan program seumpama ini.

“Ini adalah pertama kali Gagasan Rakyat laksana program seumpama ini dan jika dilihat penerimaan masyarakat amat baik,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular