HomeUtamaKePKAS sambut baik cadangan Festival Tarian Naga, Unicorn & Singa dalam kalendar...

KePKAS sambut baik cadangan Festival Tarian Naga, Unicorn & Singa dalam kalendar pelancongan Sabah

Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS), Datuk Christina Liew menyambut baik cadangan memasukkan Festival Tarian Naga, Unicorn Dan Singa Tahun Baharu Cina ke dalam kalendar pelancongan Sabah bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri itu.

Beliau berkata, setiap tahun festival tersebut diadakan di Sabah, seluruh rakyat malah para pelancong yang berkunjung ke negeri ini sangat seronok menikmati acara itu, justeru adalah lebih baik jika ia dijadikan acara tahunan rasmi negeri.

“Saya berpendapat bahawa cadangan memasukkan Festival Tarian Naga, Unicorn Dan Singa Tahun Baharu Cina ke dalam kalendar pelancongan Sabah sangat baik dan kementerian saya akan meneliti perkara ini.

“Saya juga akan mengadakan pertemuan dengan pasukan di kementerian saya, kami mengkajinya dan apabila kami telah mendapatkan keputusan, kami akan membentangkan usul ini kepada kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Tengahari KePKAS Bersama Media sempena sambutan Tahun Baru Cina di sini, hari ini.

Christina berkata demikian bagi tindak balas kepada cadangan Presiden Persatuan Komuniti Cina Bersatu Sabah Kota Kinabalu, Datuk Susan Wong Siew Guen mengenai perkara itu memandangkan festival tersebut lebih 40 tahun telah dianjurkan di negeri ini.

Susan berkata, acara kebudayaan itu telah menjadi popular di kalangan penduduk bandar dan berjaya menarik ramai pelancong.

“Pada tahun ini penyertaan Pertandingan Tarian Naga, Unicorn dan Singa memecah rekod dari 155 pasukan, berbanding tahun lalu hanya 140 pasukan yang menyertainya,” kata Susan.

Pada majlis bersama media itu, lebih 100 pengamal media pelbagai agensi dari media cetak, elektronik dan online portal hadir memeriahkan majlis.

Christina dalam ucapannya berkata, beliau menghargai peranan media dan berpuas hati dengan publisiti yang diberikan kepada KePKAS serta enam agensi di bawah kementerian tersebut iaitu Lembaga Pelancongan Sabah, Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, Jabatan Muzium Sabah, Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dan Lembaga Kebudayaan Sabah.

Beliau turut memaklumkan dua portfolio menteri tambahan, iaitu Biro Konvensyen Sabah yang beroperasi tahun ini dengan pelantikan Noredah Othman sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya, dan Program Sabah – Malaysia Rumah Keduaku.

“Pelaporan yang bertanggungjawab ialah ciri anda dalam menyebarkan maklumat yang tepat kepada orang awam, terutamanya mengenai dasar, program dan projek pembangunan kerajaan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular