HomeIsu tempatanMaritim Malaysia rampas enam bot bersama kayu bernilai lebih RM30,000

Maritim Malaysia rampas enam bot bersama kayu bernilai lebih RM30,000

Read Time:1 Minute, 5 Second

Semporna : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya merampas enam buah bot bersama kayu bergergaji dan pokok kayu bakau tanpa permit di kawasan Hutan Simpan Selatan Pulau Timbun Mata dan Timur Laut Tanjung Tabu-Tabu Semporna petang kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir Shubli berkata, dalam operasi yang dijalankan pihaknya telah mengesan beberapa buah bot yang mencurigakan di persisir pulau berkenaan.

“Ketika dihampiri untuk pemeriksaan lanjut, tekong bot bersama beberapa awak- awak telah nekad bertindak terjun ke laut dan melarikan diri ke kawasan daratan terdekat.

“Hasil pemeriksaan ke atas semua bot mendapati lebih kurang 40 batang kayu bergergaji dan 60 batang pokok kayu bakau yang siap di potong, telah ditinggalkan di dalam bot terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Amir berkata, hasil keseluruhan nilai rampasan dianggarkan lebih RM30,000 dan kes telah diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sabah Daerah Semporna untuk tindakan siasatan di bawah Enakmen Perhutanan Sabah 1968 iaitu melakukan kesalahan membawa hasil hutan tanpa permit yang sah.

Katanya, Zon Maritim Semporna akan terus meningkatkan rondaan serta penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi mengekang pelanggaran undang-undang dan jenayah.

“Orang ramai terutamanya komuniti maritim diminta menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan aktiviti jenayah di laut kepada Zon Maritim Semporna di talian 089- 782619 atau talian MERS 999,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk Pulau Omadal berterima kasih atas keprihatinan SESB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular