HomeUtamaSabah perlu tubuh Majlis TVET, bantu kumpul data pelajar

Sabah perlu tubuh Majlis TVET, bantu kumpul data pelajar

Read Time:55 Second

Kota Kinabalu : Sabah perlu menubuhkan Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sendiri.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, penubuhan itu penting kerana ia akan membantu dalam usaha pengumpulan data semua pelajar dan graduan yang dihasilkan oleh institusi TVET di negeri ini.

“Kita mahu supaya kita ada maklumat semua graduan atau pelajar yang dilahirkan oleh institusi TVET di negeri ini, kita tidak mahu ada lambakan.

“Kita juga mahu supaya ada kerjasama diantara institusi TVET ini supata dapat melihat apa sebenarnya keperluan di negeri ini, kita mahu supaya kita dapat menyediakan tenaga mahir yang sesuai untuk negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan penutupan Minggu Transformasi Siswa di Politeknik Kota Kinabalu (PKK) di sini baru-baru ini.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, dengan adanya Majlis TVET itu, pihaknya dapat mengkoordinasikan maklumat-maklumat selain Kerajaan negeri dapat memberi input agar tenaga mahir di negeri ini mencukupi.

Beliau turut menggesa Kerajaan Negeri agar dapat membantu merealisasikan penubuhan majlis itu.

“Saya juga akan membawa perkara ini ke peringkat Kabinet negeri secepat mungkin agar ianya dapat dibincangkan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular