HomeIsu tempatanOrang ramai dipelawa meriahkan Tamu Besar Tahun Baru Cina Segama Khamis ini

Orang ramai dipelawa meriahkan Tamu Besar Tahun Baru Cina Segama Khamis ini

Read Time:1 Minute, 46 Second

Kota Kinabalu : Orang ramai khususnya di sekitar bandaraya Kota Kinabalu dan yang berhampiran dipelawa untuk memeriahkan Tamu Besar Tahun Baru Cina Segama 2024 yang akan diadakan Khamis ini.

Program anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Sabah (KePKAS) iu akan bermula seawal jam 1 tengah hari sehingga 12 pagi bertempat di Jalan Segama di sini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata, program itu akan mempamerkan kekayaan dan kepelbagaian budaya etnik di negeri ini.

“Tahun Baru Cina adalah perayaan yang penting untuk semua rakyat Sabah, merentasi kaum dan agama.

“Usaha kerjasama antara DBKK dan Kementerian, ditambah dengan sokongan yang diberikan, sudah pasti akan meningkatkan lagi promosi acara ini selain menjadikannya tarikan yang hebat untuk pelancong tempatan dan asing.

“Kami berhasrat untuk mempamerkan kemeriahan dan keindahan sambutan Tahun Baru Cina secara unik di negeri Sabah dengan meriah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Christina berkata, sebanyak 350 gerai akan dibuka sepanjang laluan Jalan Segama dan ianya akan menjadi sebagai satu bazar terbesar tahun ini.

Katanya, acara ini juga akan menampilkan tarian singa dan naga yang memukau, rentak berirama Gendang 24, persembahan diabolo, nyanyian dan tarian yang menawan, cabutan bertuah dan banyak lagi.

“Kemuncak pada malam itu ialah pelancaran inisiatif Discover Sabah Digital 2024, pelan strategik untuk meningkatkan pelancongan Sabah ke tahap baharu melalui pendekatan digital. Inisiatif ini susulan kejayaan Dec-Cover Sabah 2023 yang telah dilaksanakan.

“Selain itu, satu majlis pengiktirafan bagi kejayaan menyelesaikan misi DEC-Cover Sabah Foodie Tour 2023 oleh Biao Ge Leo akan ditampilkan semasa program tersebut.

“Pencapaian membanggakan ini telah merekodkan perjalanan 39 hari tanpa henti, yang meliputi 22 daerah dan perjalanan sejauh 4200km, merentasi Sabah yang juga telah diiktiraf dan disahkan buat pertama kali oleh KePKAS,” katanya.

Christina berkata, acara itu akan menjanjikan satu detik yang menggembirakan, dengan memperlihatkan keindahan budaya kaum Cina dinegeri Sabah.

“Sambutan itu akan ditayangkan menerusi siaran langsung di Halaman Facebook Kita Connect dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

“Inisiatif ini bertujuan untuk berkongsi sambutan penting ini bukan sahaja bersama rakyat Sabah tetapi dengan semua rakyat Malaysia dan pelancong di seluruh dunia,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

100 usahawan sertai seminar berkaitan e-invois dalam perniagaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular