HomeUtamaDakwaan larikan Taib: Polis Sarawak sahkan terima laporan

Dakwaan larikan Taib: Polis Sarawak sahkan terima laporan

Read Time:44 Second

CYBERJAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung isu tular iaitu kes membawa keluar bekas Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dari sebuah hospital.

Menurut kenyataan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

‘’Pihak polis kontinjen Sarawak mengesan satu posting tular melibatkan bekas TYT Sarawak yang telah dimuat naik dalam media sosial.

‘’Sehubungan dengan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan perkara ini dan tidak membuat sebarang spekulasi.

‘’Tindakan menyebarkan maklumat palsu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan perkhidmatan rangkaian dan lain-lain,’’ katanya.

Muktahir ini ular satu laporan polis yang mendakwa Tun Abdul Taib Mahmud dibawa keluar dari sebuah hospital swasta di Kuching pada lewat Sabtu oleh seorang wanita.

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular