HomeUtamaHidro Tenom Pangi sedia beroperasi semula Mac 2024

Hidro Tenom Pangi sedia beroperasi semula Mac 2024

Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi (SJHTP) yang terletak di Daerah Tenom merupakan sebuah empangan elektrik merentasi Sungai Padas dikendalikan oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan memiliki tiga turbin dengan keupayaan 22MW setiap turbin.

Pada malam 31 Oktober 2022, kerosakan besar telah berlaku ke aras struktur sivil dan loji penjanaan SJHTP akibat tanah runtuh dan banjir lumpur. Kejadian itu menyebabkan ketiga-tiga turbin rosak dan tidak berfungsi untuk menjanakan tenaga.

Sehingga kini pembaikan SJHTP giat dilaksanakan dengan tarikh sasaran penyiapan adalah pada Mac 2024 untuk turbin pertama, Jun 2024 untuk turbin kedua dan September 2024 untuk turbin ketiga.

Ketua Pegawai Eksekutif Ir.Ts Mohd Yaakob Jaafar berkata pelbagai cabaran dihadapi oleh SESB ketika melaksanakan kerja-kerja pemulihan semula stesen hidro itu

“Pembaikan jalan masuk dan interim slope protection (kawasan intake & stesen) telah siap dilaksanakan pada tahun 2023. Kini dalam proses untuk perlaksanaan permanent slope proctection di kawasan kritikal sepanjangjalan masuk ke stesen untuk perlaksanaan dalam tahun 2024,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Menurut beliau pembersihan terowong kuasa sepanjang 4.4 km dan paip penstock sejauh 155 meter juga sedang giat dilaksanakan dan dijadualkan siap pada bulan Mac 2024.

Pada masa yang sama, kerja-kerja pembersihan terowong air hidro sedang giat dilakukan oleh anggota kerja SESB dan kontraktor yang dilantik. Apabila siap nanti, air daripada Sungai Padas akan dapat disalur masuk melalui terowong dan memutar turbin Unit 3.

Berikutan daripada Bencana Alam tersebut, SESB kehilangan kapasiti sebanyak 66MW daripada SJ Hidro Tenom Pangi. Kos pembaikan setakat ini telah mencecah jumlah sebanyak RM60 juta

Stesen ini dijangka akan beroperasi semula pada Mac 2024.

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular