HomeUtamaWanita maut dibakar suami sendiri

Wanita maut dibakar suami sendiri

Read Time:1 Minute, 47 Second

KENINGAU: Seorang wanita maut dipercayai telah dibakar oleh suaminya sendiri selepas terlibat pertengkaran mulut antara keduanya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Tinagalan, Sook pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Keningau, Supterintendan Yampil Anak Garai mengesahkan kejadian dan pihak polis telah menerima laporan kejadian tersebut pada tengah malam Sabtu (3 Feb)

Menurutnya, pihak Balai Polis Sook telah terima aduan daripada seorang lelaki (pengadu) mengatakan bahawa anak buahnya telah memaklumkan kepadanya bahawa bapanya telah membakar ibunya.

“Pada 4 Feb 2024 jam lebih kurang 3.45 petang, telah terima makluman daripada pihak Hospital Keningau bahawa mangsa telah disahkan meninggal dunia pada 4 Feb 2024 jam 1.41 petang,” kata Yampil dalam satu kenyataan hari ini.

Yampil berkata, hasil siasatan awal sebelum kejadian mangsa berumur 41 dan suspek yang juga suami mangsa berumur 50 tahun telah minum minuman alkohol jenis tapai di rumah mereka di Kg Tinagalan, Sook.

“Kedua-duanya bertengkar dalam keadaan mabuk teruk, suspek mengatakan ingin membakar mangsa, mangsa mencabar suspek kalau berani membakarnya.

“Suspek turun ke bawah rumah mengambil gelen berisi petrol dan naik semula ke atas rumah lalu menyimbah petrol ke badan mangsa. Suspek mencampakkan mancis yang marak kearah mangsa sehingga menyebabkan badan mangsa terbakar.

“Api yang marak telah menyebabkan rumah mereka turut terbakar dan musnah sama sekali,” katanya.

Pada masa itu, Yampil berkata, anak perempuan mangsa berusia 16 tahun sempat menyelamatkan dua orang adiknya yang sedang tidur kerana api telah mula merebak di dalam rumah.

“Remaja tersebut berjaya memadamkan api pada badan ibunya (mangsa) dan meminta bantuan daripada pakciknya bagaimanapun ibunya disahkan meninggal dunia oleh pihak pegawai perubatan di Hospital Keningau pada jam 1.41 petang (4 Feb),” katanya.

Menurut Yampil lagi, pihak polis telah menahan suspek dan membuat permohonaan reman ke atas suspek.

“Reman pertama diluluskan sehingga 9 Feb 2024 di bawah permohonan Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencederakan dengan senjata.

“Pasukan Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Sabah bersama pasukan Bomba Sook menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian manakala mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk tujuan bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana kesalahan membunuh,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Portal SSMJ, Pelan Strategik SMJ 2023-2025 dilancar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular