HomeSukan30 peserta tamat kursus jurulatih akar umbi

30 peserta tamat kursus jurulatih akar umbi

Read Time:1 Minute, 4 Second

Kunak: Seramai 30 peserta berjaya menamatkan kursus asas Jurulatih Bolasepak Akar Umbi Siri 1/2024 anjuran Persatuan Bolasepak Negeri Sabah (SAFA) dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Sabah Daerah Kunak.

Presiden SAFA Kunak, Datuk Seri Dr Anil Jeet Singh berkata, kursus selama tiga hari bermula 2 hingga 4 Februari itu diadakan di Padang Majlis Daerah Kunak.

Katanya, ia adalah salah satu usaha berterusan SAFA Kunak dalam memberi pendedahan kejurulatihan sebenar kepada peminat sukan itu di daerah berkenaan.

“Kursus ini dikendalikan oleh Pendidik Jurulatih bertauliah FAM iaitu jurulatih Omar Maya Amat dan jurulatih Roney Asmadul Bakar.

“Kursus ini disertai oleh seramai 30 peserta yang terdiri daripada jurulatih dari Kunak dan daerah sekitar seperti Lahad Datu dan Semporna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil kepada semua peserta kursus.

Anil Jeet berkata, objektif utama kursus ini adalah bagi melahirkan lebih ramai jurulatih pelapis kepada jurulatih yang sedia ada.

Katanya, ia juga selaras dengan matlamat  Presiden SAFA, Datuk Shahelmy Yahya dalam usaha membangunkan bola sepak di negeri ini khususnya.

“Ia juga bagi memberi peluang kepada barisan pelapis terutamanya golongan belia untuk mengetengahkan bakat mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

“Kursus ini juga dapat membantu jurulatih untuk mempelajari teknik dan kaedah kejurulatihan baharu dalam sukan bola sepak,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SAFA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC sasar kemenangan pertama di Kelantan esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular