HomeIsu tempatanTiga persatuan agama, dua tokong terima sumbangan sempena Tahun Baru Cina

Tiga persatuan agama, dua tokong terima sumbangan sempena Tahun Baru Cina

Read Time:1 Minute, 16 Second

Beaufort : Sebanyak tiga persatuan keagamaan dan dua tokong di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan menerima sumbangan sempena sambutan Tahun Baru Cina 2024.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, pihaknya turut menyampaikan sumbangan buah limau bagi diagihkan kepada 245 ketua isi rumah (KIR) yang diwakili Ketua Masyarakat Cina (KMC) DUN Lumadan.

“Petang ini kita telah pun bersama-sama Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah bagi menyerahkan sumbangan kepada tokong-tokong dan persatuan keagamaan yang ada di kawasan DUN Lumadan.

“Selain itu, kita juga telah mengamanahkan kepada KMC untuk menyampaikan buah limau kepada KIR dibawah jagaan mereka iaitu seramai 245 keluarga dan sudah tentu ini akan menyemarakkan lagi semangat tahun baru cina yang akan disambut pada hujung minggu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan tahun baru cina 2024 bagi kawasan DUN Lumadan di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan di sini hari ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah.

Ruslan yang juga ADUN Lumadan berkata, program seumpama itu juga akan dapat mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di Sabah termasuk sambutan Krismas dan Hari Raya.

“Sudah tentu program seumpama ini akan terus menjadi kekuatan kepada masyarakat kita di Sabah dan ianya terus dilaksanakan pada setiap tahun.

“Kita juga dapat melihat para pemimpin terdahulu sudah sentiasa bersatu padu, bersatu hati dalam menjaga perpaduan suku kaum pelbagai etnik di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Matbali berkata, perpaduan dalam kalangan masyarakat di negeri ini perlu dijaga termasuk menjaga kebajikan etnik termasuk masyarakat Tiong Hua. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PKK Biz @ Akademia catat lebih RM20,000 nilai jualan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular