HomePolitikDahulukan kepentingan rakyat, amanah kita sebagai pemimpin - Masiung

Dahulukan kepentingan rakyat, amanah kita sebagai pemimpin – Masiung

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA BELUD: Kerajaan negeri ketika ini berada dilandasan tepat dengan memfokuskan isu rakyat terlebih dahulu sambil mengurangkan bicara tentang politik.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah berkata, sekiranya kita melayani karenah pembangkang, akhirnya kepentingan rakyat terabai.

“Rakyat Sabah pada ketika ini mengharapkan bantuan dan keprihatinan kerajaan untuk menguruskan isu-isu domestik yang belum selesai.

“Pemimpin pembangkang boleh bercakap apa saja, kerana itu memang kerja mereka. Tapi amanah kita sebagai pemimpin kerajaan yang memerintah harus diutamakan, ” katanya.

Masiung ditemui sejurus merasmikan pejabat Gagasan Rakyat Bahagian Kadamaian, yang diadakan serentak sambutan krismas dan tahun baru, semalam.

Wakil Rakyat Kuamut itu berkata, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berpesan kepada pemimpin kerajaan supaya tidak terlalu berpolitik sebaliknya mendahulukan kepentingan rakyat.

Menurutnya, antara isu domestik yang perlu segera diperbetulkan kini ialah masalah bekalan air, elektrik dan jalan raya.

Masiung menjelaskan, walaupun pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di bawah pelaksanaan kerajaan Persekutuan namun kerajaan Sabah mengambil peranan aktif bagi memastikan projek itu berjalan lancar.

Pada masa ini katanya, isu bekalan air sudah hampir selesai dan kerajaan Sabah juga telah mengambil alih pengurusan Sabah Elektrik Sdn Bhd (SESB) namun masih banyak perkara yang perlu ditambah baik.

Pada majlis itu, Masiung turut mendermakan lima buah penghawa dingin untuk pejabat Gagasan Rakyat Kadamaian.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kadamaian, OKK Ruslan Duraman antara 250 penyokong parti itu yang memeriahkan majlis berkenaan.

Gagasan Rakyat Kadamaian merekodkan lebih 4,000 ahli menerusi 114 cawangan yang berdaftar.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya