HomeUtamaDUN Inanam berpotensi dijadikan hab pelancongan terbaik di Sabah

DUN Inanam berpotensi dijadikan hab pelancongan terbaik di Sabah

Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam yang terletak di dalam kawasan Crocker Range Biospera Reserve (CRBR), berpotensi untuk dimajukan sebagai salah satu hab pelancongan terbaik di Sabah.

Perkara itu dinyatakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew dalam ucapannya sempena Majlis Sambutan Tahun Baru Cina kawasan DUN Inanam pada Ahad.

“Di kawasan DUN Inanam kita melihat pertumbuhan pembangunan kian pesat kebelakangan ini dimana kawasan ini menjadi tumpuan para pelabur hartanah untuk melabur.

“Selain itu, DUN Inanam juga mempunyai kawasan yang cantik yang mana sebahagian besar kawasan berada dalam Crocker Range Biospera Reserve (CRBR) dimana sangat berpotensi untuk dimajukan sebagai pusat pelancongan baik secara individu mahupun secara komuniti.

“Selaku Menteri di Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, akan cuba sedaya upaya saya untuk mengetengahkan Kawasan DUN Inanam ini untuk dijadikan sebagai salah satu Hab Pelancongan terbaik di Sabah,” katanya.

Justeru itu, Christina menyeru kepada masyarakat di kawasan DUN Inanam tanpa mengira kaum, bangsa dan agama untuk terus menyokong usaha Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan juga Kerajaan Pusat terutama usaha Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa negara ini maju dan gemilang di persada Dunia.

Hadir sama memeriahkan majlis, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia
Merangkap Ahli Parlimen, Sepanggar, Datuk Ts Mustapha Sakmud, Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Merangkap ADUN Inanam Peto Galim dan

Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Merangkap ADUN Likas,
Tan Lee Fatt.

Pada majlis itu, Christina turut memuji keharmonian yang ditunjukkan oleh masyarakat kawasan DUN Inanam.

“Saya begitu gembira dan terharu dengan suasana sambutan yang sangat meriah, dan bukan saja itu malah keharmonian yang saya rasai pada pagi ini dimana bukan sahaja masyarakat Tiong Hua yang hadir malah semua kaum hadir untuk memeriahkan majils yang penuh bermakna ini.

“Saya pasti ketika ini anda semua sedang sibuk membuat persiapan perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut tidak lama lagi. Kita bersyukur kerana dapat meraikan majlis sambutan ini dalam keadaan aman dan penuh muhibah.

“Sambutan Tahun Baharu Cina pada kali ini, adalah Tahun Naga. Marilah kita menghayati nilai-nilai ketabahan, keberanian, dan perpaduan yang dilambangkan oleh sang naga dan zodiak Cina, yang menandakan kemakmuran, nasib baik dan tenaga positif,” tambah beliau.

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular