HomeIsu tempatanPBSM Beaufort mahu lebih ramai individu tampil derma darah

PBSM Beaufort mahu lebih ramai individu tampil derma darah

Read Time:1 Minute, 26 Second

Beaufort : Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) cawangan Beaufort mahu lebih ramai individu khususnya di daerah ini tampil menderma darah bagi membantu menambah stok bekalan darah di hospital Beaufort.

Pengerusi PBSM cawangan Beaufort Parijil @ Fredzex Bagang berkata, bagi tujuan itu pihaknya mensasarkan sebanyak lima program derma darah akan dianjurkan pada tahun ini.

“Kita melihat kecenderungan masyarakat untuk menderma semakin meningkat saban tahun dan amat mengharapkan peningkatan penderma dalam kalangan generasi muda untuk terlibat sama menderma darah.

“Pada tahun lalu, sebanyak 265 beg darah dapat dibekalkan untuk kegunaan hospital dalam lima siri penganjuran program derma darah oleh pihak kami bersama rakan-rakan strategik antaranya Klinik Subha Beaufort, Sukarelawan Tabung Darah Hospital Beaufort dan beberapa badan bukan kerajaan yang lain.”katanya.

Beliau berkata demikian pada program anjuran bersama Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan Beaufort dengan kerjasama Klinik Subha Beaufort di bangunan PBSM, di sini sbaru-baru ini.

Fredzex turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada agengsi swasta, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta individu yang membantu PBSM Beaufort dalam melaksana bukan sahaja program derma darah malah membantu kerja-kerja amal sepanjang tahun lalu.

Pada program yang sama, Mohd Noor Ismail, dari Taman Seri Panglima, Beaufort yang merupakan pernderma darah kali pertama, melihat  perlunya menderma darah demi menjaga kesihatan jantung.

Mohd Noor berkata, melalui derma darah, pemeriksaan tekanan darah, kadar degupan jantung dan paras hemoglobin dalam darah dapat diketahui semasa proses saringan.

“Ini akan memberi kelebihan kepada penderma darah dalam mengetahui status kesihatan terkini,” katanya.

Terdahulu, Fredzex berkata, sejumlah 39 beg darah berjaya dikutip dan sambutan dari kalangan penderma amat menggalakkan memandang kedudukan lokasi bangunan persatuan di tengah-tengah Pekan Beaufort dan berharap lokasi ini menjadi pusat sehenti bagi masyarakat Beaufort yang ingin menderma darah. – SABAH MEDIA / FOTO HOSPITAL BEAUFORT

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular